Now Reading
Bajet 2023: Bantuan RM500 & RM1,000 Untuk Pencari Kerja

Bajet 2023: Bantuan RM500 & RM1,000 Untuk Pencari Kerja

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM500 hingga RM1,000 dalam Bajet 2023 kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


7 Oktober merupakan tarikh penting kerana Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat bagi meringankan beban masyarakat Malaysia untuk tahun hadapan.

Selain membentangkan tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), beliau turut melegakan hati mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Buat pencari kerja di luar sana, kerajaan telah mewujudkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyediakan bantuan mobiliti sebanyak RM500 kepada mereka yang mendapat tawaran bekerja di luar negeri tempat bermastautin.

Bukan itu sahaja, Tengku Zafrul juga memaklumkan berkata bahawa bantuan mobiliti RM1,000 akan diberikan kepada pekerja yang berhijrah dengan jarak yang jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

BACA JUGA: Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dinaikkan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd