Now Reading
Bajet 2023: Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Naik Dari RM100 Kepada RM150

Bajet 2023: Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Naik Dari RM100 Kepada RM150

Bantuan awal persekolahan akan diberikan kepada semua murid sebanyak RM150 mengikut pembentangan Bajet 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menerusi pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bantuan awal untuk murid sekolah juga telah dinaikkan sebanyak RM50 iaitu dari RM100 kepada RM150.

Bantuan awal ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.

Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM825 juta untuk agihan tersebut.

Menurut beliau, ia merupakan sebahagian daripada peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dalam Bajet 2023 ini dengan jumlah RM55.6 juta.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd