Now Reading
Tol Tanpa Palang Bakal Diperkenalkan Mulai 2025 Untuk Elak Trafik Sesak

Tol Tanpa Palang Bakal Diperkenalkan Mulai 2025 Untuk Elak Trafik Sesak

Dengan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, kesesakan lalu lintas dilihat semakin teruk dan boleh dikatakan ramai yang terperangkap di tol. Walaupun sudah ada lorong RFID, tetapi ia tidak dapat membantu mengurangkan kesesakan.

Bagi menyelesaikan masalah trafik yang semakin meningkat, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mewujudkan Sistem Kutipan Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong atau Multi-Lane Free Flow (MLFF) bagi lebuh raya di Malaysia.

Memetik laporan Malay Mail, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata inisiatif ini akan menyaksikan tiada lagi palang tol diletakkan supaya kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol.

MLFF merupakan sistem tol tanpa halangan dan tiada pondok tol serta lorong khusus disediakan. Sistem ini menggunakan struktur gantri yang dilengkapi dengan pengecaman plat nombor automatik (ANPR) di lokasi tertentu.

Matlamat kami adalah untuk menjayakan sistem ini menjelang tahun 2025. Langkah seterusnya adalah berunding dengan syarikat konsesi tentang perkara ini supaya pengguna jalan raya mendapat akses yang lebih mudah ke lebuh raya.

Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof.
laluan kecemasan NKVE
Kesesakan trafik di plaza tol. (Sumber: TRP File)

Dalam rancangan masa depan, pusat arahan akan diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ia perlu disepadukan dengan semua majlis perbandaran atau bandar.

MLFF adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Kementerian Kerja Raya 2019-2023 yang diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta memacu pembangunan aplikasi IPS di Malaysia.

Inisiatif lain di bawah pelan induk itu adalah untuk membangunkan alat penimbang berat kenderaan (weigh-in-motion) bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menyebabkan kesesakan dan kerosakan jalan.

Free Malaysia Today melaporkan pihak kementerian menerima peruntukan sebanyak RM50 juta dan telah memasang alat penimbang di jalan raya tanpa memerlukan kenderaan memasuki ke pusat timbang.

Sensor yang berfungsi secara automatik akan mengesan jika lori berkenaan terlalu berat dan tindakan undang-undang akan diambil segera terhadap pemilik kenderaan atau syarikat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd