Now Reading
PRU15 Yang Disahkan Pada Tahun Ini Terima Pelbagai Reaksi Pemimpin Politik

PRU15 Yang Disahkan Pada Tahun Ini Terima Pelbagai Reaksi Pemimpin Politik

Sesetengah pemimpin menolak pembubaran Parlimen untuk memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana bimbang dengan masalah banjir yang dijangka berlaku penghujung tahun ini.

PRU15 Sah Akan Diadakan Tahun Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak belakangan ini, terdapat ura-ura bahawa tahun ini rakyat Malaysia sekali lagi akan keluar mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah, perkara ini turut disahkan oleh Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar selepas perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO semalam (4 Oktober).

Memetik laporan Kosmo, keputusan itu mendapat tentangan daripada pihak pembangkang kerana mendakwa akan berlakunya banjir pada penghujung tahun ini.

Sumber: Malay Mail

Namun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang buat kerajaan kerana pihak mereka sudah berjumpa dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk membuat kajian.

Kami sudah berjumpa dan menyelidik data daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Apa yang boleh disimpulkan, kami berbuat keputusan untuk mengadakan PRU sebelum banjir.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Keputusan Lakukan PRU15 Pada Tahun Ini Dapat Pelbagai Reaksi

Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi yang tetap bertegas mahu melakukan PRU15 pada tahun ini mendapat pelbagai reaksi dari pihak pembangkang yang rata-ratanya tidak menyokong perkara itu.

Memetik laporan Utusan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kesemua jemaah Menteri dari parti tersebut untuk menolak keputusan mengadakan PRU15 pada tahun ini ketika mesyuarat Kabinet.

Sumber: Malay Mail

Menurut Muhyiddin, PRU15 tidak wajar dilakukan pada tahun ini memandangkan Malaysia dijangka akan berdepan dengan Monsun Timur Laut yang bakal mengakibatkan banjir besar di beberapa negeri seperti di Pantai Timur.

PRU15 ketika musim banjir sudah pastinya menyukarkan proses untuk berjalan lancar serta menyusahkan rakyat. Kerajaan seharusnya memberi tumpuan terhadap usaha menghadapi musim banjir dan mempercepatkan pemulihan pasca pandemik Covid-19.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berpendapat pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tiada sebab untuk dilakukan dengan segera.

Perdana Menteri Bakal Menghadap Agong Esok, 11 Oktober

Memetik laporan Berita Harian baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong esok (11 Oktober).

Sumber: Malay Mail

Ada dakwaan mengatakan bahawa Ismail Sabri akan menghadap Agong bagi memohon pembubaran Parlimen. Namun, beliau menjawab spekulasi tersebut dengan menyatakan ianya adalah rutin biasa berkaitan Mesyuarat Kabinet.

Pertemuan itu adalah rutin biasa bagi membentangkan keputusan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet. Kita tidak tahu lagi bila Parlimen akan dibubarkan kerana perjumpaan dengan Agong lebih kepada berkaitan Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Tambahnya lagi, kuasa untuk membubarkan Parlimen berada sepenuhnya di tangan Perdana Menteri dan keputusan tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Malah keputusan membubarkan Parlimen tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Ada Kementerian Sudah Diarahkan Untuk Mengosongkan Bilik?

Laporan Utusan pula memaklumkan terdapat beberapa pegawai kementerian sudah menerima arahan untuk mengosongkan bilik dan mendakwa berkemungkinan ia adalah petanda bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat ini.

Sumber: Suara TV/ Malay Mail

Arahan tersebut dikeluarkan petang semalam (6 Oktober) dan mereka yang terlibat sudah mula mengosongkan bilik pada pagi ini.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Setiauasaha Sulit Kanan (SUSK) dengan meminta kami untuk mengemas kesemua barang dan mengosongkan bilik.

Sumber berkata kepada Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun, beberapa pegawai di kementerian lain belum mendapat arahan sedemikian dan program yang dijadualkan pada hari ini masih berjalan seperti biasa.

BACA JUGA: Tun Mahathir Sah Tak Akan Bertanding Dalam PRU-15


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd