Now Reading
Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Ke-12 Terburuk Di Dunia & Kedua Risiko Kemalangan – Kajian

Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Ke-12 Terburuk Di Dunia & Kedua Risiko Kemalangan – Kajian

Hasil kajian Zubito merekodkan Malaysia sebagai negara ke-12 di dunia yang mempunyai kualiti jalan terburuk dan dilihat menurun sebanyak 5% sejak lima tahun lalu.

Jalan Raya Di Malaysia Ke-12 Terburuk Di Dunia & Ke-2 Risiko Kemalangan - Kajian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes kemalangan jalan raya di Malaysia sering dilaporkan berlaku sehingga mengakibatkan banyak kehilangan nyawa mangsa yang terlibat.

Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja jika kita sebagai pemandu tidak berwaspada serta peka dengan keadaan sekeliling.

Kadang-kadang kita dah cuba sehabis baik untuk menjadi pemandu berhemah, tetapi masih juga terlibat dengan kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pemandu lain.

BACA JUGA: 5 Graduan UiTM Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

Jalan Raya Di Malaysia Ke-12 Terburuk Di Dunia

Antara punca berlakunya kemalangan adalah kerana struktur jalan yang kurang berkualiti dan boleh membahayakan pengguna.

Baru-baru ini menerusi satu kajian yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu iaitu Zutobi, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara ke-12 yang mempunyai kualiti jalan terburuk di dunia.

Malaysia mencatatkan jumlah skor 3.32 per sepuluh dalam penjagaan kualiti jalan raya.

Memetik laporan dari The Edge Markets, data dari kajian itu menunjukkan kualiti jalan di Malaysia telah menurun sebanyak 5% dalam tempoh lima tahun.

Sumber: Astro Awani

Negara yang merekodkan kualiti jalan raya yang paling teruk adalah Kuwait dengan jumlah skor 1.33 per sepuluh.

Hasil kajian ini pula membuktikan bahawa Singapura merupakan negara di tempat pertama dalam penjagaan kualiti jalan raya mereka dengan jumlah skor 9.44 per sepuluh diikuti Netherlands, Switzerland dan Jepun.

Malaysia Negara Di Dunia Catat Paling Banyak Kemalangan Jalan Raya

Bukan itu sahaja, Malaysia juga menjadi negara kedua mencatatkan jumlah kemalangan yang paling banyak di jalan raya dengan 22.76%.

Dalam pada itu, Arab Saudi pula merupakan negara yang paling banyak merekodkan kemalangan jalan raya sehingga 36.13%.

Sumber: Borneo Today

Lebih 22 kematian trafik jalan raya bagi setiap 100,000 telah berlaku di lebuh raya Malaysia, manakala jumlah kematian trafik jalan raya kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi yang mencatatkan 36.13%.

Zutobi.

Antara negara yang turut merekodkan jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi ialah Kuwait (18.99%), Costa Rica (14%), Panama (13.99%) dan Argentina (13.91).


Risau pula tengok hasil kajian ini. Anda yang memandu diharapkan dapat lebih berhati-hati ketika berada di atas jalan raya.

Pada masa sama, harap pihak berkuasa Malaysia dapat meningkatkan usaha untuk meningkatkan kualiti jalan raya bagi menjamin keselamatan pengguna.

BACA JUGA: [Viral] Wanita Ini Mohon Individu Tampil Jika Ada Video Footage Dashcam Kemalangan Di Highway PLUS Sungkai, 11 Julai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd