Now Reading
KPT: Tiada Kuota Kaum, Layanan Atasan & Pemilihan Automatik Kemasukan Ke Universiti Awam

KPT: Tiada Kuota Kaum, Layanan Atasan & Pemilihan Automatik Kemasukan Ke Universiti Awam

Profesor Datuk Dr Husaini Omar menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa sistem penempatan UPUOnline tidak melibatkan sebarang ‘sentuhan manusia/human touch’ seperti yang didakwa sebelum ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, topik hangat yang diperbahaskan secara meluas di media sosial adalah tentang persaingan sengit bagi permohonan program kompetitif di Universiti Awam (UA).

Malah, perkara tersebut menyebabkan seramai 20,732 calon layak dan melepasi syarat am dilaporkan gagal menerima tawaran kali pertama ke universiti seperti yang diumumkan pada 25 September lalu.

Justeru, ramai juga pihak yang mempersoalkan adakah sistem penempatan UPUOnline ini melibatkan ‘sentuhan manusia’ atau ‘human touch’?


Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar Perjelas Isu UPUOnline

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar.
(Kredit: @MOHEOfficial/Twitter)

Profesor Datuk Dr Husaini Omar menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa sistem penempatan UPUOnline tidak melibatkan sebarang ‘sentuhan manusia/human touch’ seperti yang didakwa sebelum ini.

Beliau turut menafikan sebarang kemungkinan untuk pelajar atau mana-mana pihak menggunakan ‘kabel’, penggunaan sambungan peribadi seperti dalam nepotisme ataupun ‘pilih kasih’.

Mengulas lanjut, Husaini berkata bilangan pemohon telah melebihi 115,000 tahun ini tetapi sistem UPUOnline mengikut amalan terbaik dalam pemilihan pelajar untuk kemasukan ke 20 universiti awam negara.

Kementeriannya juga menerima 115,477 permohonan tahun ini dan memberi jaminan bahawa sistem penempatan automatik tidak menggunakan kuota kaum atau membolehkan orang tertentu mengakses “kabel” persendirian dipilih.

Pada 2022, jumlah permohonan yang kami terima tahun ini ialah 115,477. Daripada jumlah ini, jumlah calon yang layak yang telah melepasi syarat am adalah seramai 95,745 orang.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar menerusi satu sidang media pada 29 September 2022.

Tambahnya lagi, 20 universiti awam di Malaysia mempunyai 71,615 penempatan bagi pelajar yang telah menamatkan peperiksaan STPM atau setaraf dengannya.

Beliau juga berkata walaupun jumlah permohonan lebih tinggi, kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya menambah bilangan penempatan pada masa ini.

Tambahnya, mereka yang gagal masuk melalui sistem UPUOnline masih boleh memohon terus ke universiti, atau pergi ke institusi swasta dengan bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

BACA JUGA: Ini Langkah Mudah Untuk Anda Dapatkan 10% Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN

Tiada kuota kaum… kami tidak memasukkan ‘kaum’ pelajar ke dalam sistem. Tetapi terdapat ketidakseimbangan dari segi demografi kaum di negara ini, jadi ia boleh menyumbang kepada perbezaan bilangan penempatan antara kaum.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar menerusi satu sidang media pada 29 September 2022.

Permohonan Dinilai Berasaskan Merit & Markah Akademik Sumbang 90%

Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Wahi Nordin yang turut berada pada sidang akhbar sama berkata, semua permohonan dinilai berdasarkan merit, dengan markah akademik pelajar menyumbang 90% daripada markah akhir.

Manakala 10% lagi adalah berdasarkan markah kokurikulum.

Kredit: Sayuti Zainudin/Malay Mail

Beliau menambah bahawa terdapat banyak pelajar berpencapaian tinggi, dengan lebih 8,000 pemohon mempunyai markah penuh dari segi akademik dan ramai dalam kalangan mereka mempunyai markah penuh dari segi markah kokurikulum juga.

Dalam kes ini di mana pelajar adalah sama dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum maka sistem akan melihat keputusan SPM mereka.

Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Wahi Nordin menerusi satu sidang media pada 29 September 2022.

Calon Dinasihatkan Untuk Ambil Tahu Markah Kokurikulum

Beliau menasihatkan pelajar supaya mengambil tahu tentang markah kokurikulum mereka, dan mengisi kesemua 12 slot pilihan yang disediakan untuk pelajar dalam permohonan penempatan.

Ia termasuklah mengikuti media sosial kementerian untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status permohonan yang telah dibuat oleh pelajar.

Wahi dalam masa yang sama turut menambah bahawa kursus perubatan, pergigian, dan farmaseutikal adalah yang paling dicari – diikuti oleh perakaunan, undang-undang dan kejuruteraan mekanikal.

Tahun lepas, seramai 1,841 pelajar yang layak telah meletakkan ijazah dalam bidang perubatan sebagai pilihan pertama mereka, tetapi hanya terdapat 692 tawaran penempatan diberikan — bermakna hanya 37.59% pemohon yang layak diberi penempatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd