Now Reading
Bunuh Teman Lelaki Demi Pertahan Maruah, Remaja Wanita 19 Tahun Berdepan Hukuman Mati

Bunuh Teman Lelaki Demi Pertahan Maruah, Remaja Wanita 19 Tahun Berdepan Hukuman Mati

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat membunuh mangsa, Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 September, 8 malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang remaja perempuan iaitu Sim Hui Ying, 19, dilaporkan berdepan dengan hukuman mati selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini (30 September) kerana didakwa membunuh teman lelakinya di sebuah hotel pada minggu lalu.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian apabila dia pada ketika itu cuba untuk menentang kemahuan teman lelakinya yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat membunuh mangsa, Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 September, 8 malam.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Salini.

Pendakwaan kes dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd