Now Reading
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Dilantik Sebagai Perdana Menteri

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Dilantik Sebagai Perdana Menteri

Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Mohammed bin Salman berusia 37 tahun telah dilantik menjadi Perdana Menteri Arab Saudi yang baharu.

Putera Mahkota Mohammed Salman Dilantik Sebagai Perdana Menteri Arab Saudi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Mohammed bin Salman telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Arab Saudi pada usia 37 tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, lantikan Putera Mahkota memegang jawatan tersebut dibuat selepas hasil rombakan kabinet yang diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam (27 September).

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Jawatan Perdana Menteri yang kini disandang oleh Putera Mahkota Mohammaed Salman itu secara tradisinya dipegang oleh raja.

Sumber: Odisi

Sebelum ini, baginda pernah menjadi ‘pemerintah de facto‘ dan juga berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan di bawah kerajaan pimpinan Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Jawatan Menteri Pertahanan disandang oleh Putera Mahkota dahulunya kini diambil alih oleh adiknya Putera Khalid bin Salman yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pertahanan.

Senarai lantikan kabinet pemerinatahan Arab Saudi yang baharu juga dikongsikan menerusi laman Twitter (@Saudi_Gazette).


Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammed bin Salman

Baginda mula dikenali ketika berada di bawah pemerintahan ayahandanya, Raja Salman dan telah dinaikkan pangkat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 21 Jun 2017.

Keputusan itu dilakukan oleh Raja Salman selepas memecat dan menarik kesemua jawatan dalam kerajaan dimiliki Putera Mahkota Mohammad bin Naif. Malah, beliau juga disingirkan secara rasmi sebagai pewaris takhta Raja Arab Saudi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd