Papan Tanda McDonald’s Di Johor Bahru Terbakar 80 Peratus
Kejadian kebakaran papan tanda McDonald’s itu dilaporkan berlaku di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebuah papan tanda restoran makanan segera iaitu McDonald’s di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru dilaporkan terbakar pada lewat petang semalam (26 September).
Dalam video itu, api pada papan tanda tersebut dilihat sedang marak dan membakar sepenuhnya sktruktur berbentuk ‘M’ yang menjadi simbol kepada jenama McDonald’s.
Memetik laporan Astro Awani, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6:50 petang.
Operasi memadamkan kebakaran tamat pada jam 7.16 petang. Sehingga kini, jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, papan tanda tersebut didapati sudah 80 peratus terbakar dan tiada mangsa dilaporkan tercedera dalam kebakaran.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh orang awam dan video berdurasi 14 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Hazrey) telah tular di media sosial.
Pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video kejadian papan tanda McDonald’s terbakar di Johor Bahru.
Burger berapi ✖️
— Hazri (@Hazrey) September 26, 2022
Signboard berapi ✔️
McDonalds Plaza Tasek, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. pic.twitter.com/XrDN8JV3KJ
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.