Now Reading
Nazirah Ashari Salah Seorang Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Women To Watch 2022

Nazirah Ashari Salah Seorang Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Women To Watch 2022

Nazirah Ashari yang merupakan Pengarah Strategi TBWA dan juga Ketua 65db tersenarai dalam Women To Watch 2022 kerana sumbangannya dalam bidang berkaitan wanita, bangsa Melayu dan Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Nazirah Ashari yang merupakan Ketua 65db dan juga Pengarah Strategi TBWA di cawangan Kuala Lumpur telah berjaya menempa nama selepas disenaraikan dalam Women To Watch 2022.

Nazirah banyak menggunakan pemahamannya dalam segmen berkaitan bangsa Melayu, Muslim, golongan milenial dan juga berkaitan wanita untuk membantu perkembangannya dalam bidang pemasaran.

Sebagai contoh, kepakarannya dalam bidang tersebut telah menjadi kunci strategi kepada beberapa klien seperti Abbott.

Abbott menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh Nazirah untuk melancarkan strategi jangka panjang bagi menyasarkan kumpulan ibu dalam kelas pertengahan yang belum pernah mencuba jenama tersebut.

Sumber: Campaign Asia

Nazirah dan pasukannya yang terdiri daripada wanita juga telah memulakan pendekatan yang memfokuskan kepada komuniti para ibu menerusi platform yang digelar sebagai ‘Borak Mak Mak’.

Dengan adanya platform ini, Abbot juga dapat berinteraksi dengan para ibu menerusi forus tersebut.

Nazirah Ashari bantu individu Islam dengan kepakaran yang ada

Selain itu, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) juga sedang mencari strategi tiga tahun untuk menyasarkan pelancong Islam dari Malaysia ke republik berkenaan.

Dengan pemikiran dan metodologi menerusi 65db, Ashari dapat mengenal pasti sasaran pertumbuhan mengikut perancangan STB. Hasilnya, projek berkenaan telah menyumbang kira-kira 10% kepada hasil perniagaan agensi berkenaan.

Sumber: TBWA/SoundCloud

Pejabat syarikat 65dB di Malaysia kini sedang melakukan projek yang dinamakan ‘Black-Eyed Peas’ (BEP) yang mampu membantu dan menganalis keperluan individu Islam yang ingin mencari pasangan untuk berkahwin.

Dengan kepakaran dalam bidang pengetahuan berkaitan Islam, Ashari turut bergelar aktivis badan positif di Malaysia dan juga pernah muncul di media tempatan seperti The Malay Mail serta Astro Awani.

Nazirah juga memperjuangkan tentang keadilan wanita yang memakai hijab.

Turut tersenarai bersama Nazirah Ashari dalam Women To Watch 2022 ialah Hajar Yusof dari sebuah syarikat agensi Naga DDB Tribal.

BACA JUGA: Wanita Malaysia Antara Yang Tersenarai Dalam CEO Cemerlang Asia Pasifik Oleh Forbes


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd