Now Reading
DHL Express Bakal Naik Caj Perkhidmatan Kurier Sebanyak 7.9% Pada 2023

DHL Express Bakal Naik Caj Perkhidmatan Kurier Sebanyak 7.9% Pada 2023

Menurut pihak DHL, kenaikan harga juga dipengaruhi oleh negara lain di mana DHL Express beroperasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2023, DHL Express iaitu penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa akan menaikkan harga purata untuk perkhidmatan kuriernya.

DHL Express menjelaskan bahawa pelarasan harga untuk perkhidmatan penghantaran akan meningkat sebanyak 7.9% berbanding 2022. Kenaikan harga juga dipengaruhi oleh negara lain di mana DHL Express beroperasi.

Julian Neo, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia berkata 2022 merupakan tahun bergelora dengan keadaan pasaran tidak stabil dan sememangnya sangat mencabar untuk perdagangan global.

Walau bagaimanapun, kami telah membuktikan keupayaan kami untuk menawarkan perkhidmatan yang stabil dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Dengan pelarasan harga tahunan, kami dapat melabur dalam infrastruktur dan teknologi kami untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan bertaraf dunia.

Julian Neo, Pengarah Urusan, DHL Express Malaysia.

Neo berkata penambahbaikan itu akan merangkumi pesawat dan kenderaan terkini serta mengembangkan hab dan pintu masuk untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

DHL Express akan melabur dalam penyelesaian hijau dan lebih mampan, seperti Sustainable Aviation Fuel dan kenderaan elektrik.

Harga diselaraskan pada asas tahunan oleh DHL Express dengan mengambil kira inflasi dan dinamik mata wang, serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan langkah pengawalseliaan dan keselamatan.

Bergantung kepada keadaan tempatan, pelarasan harga akan berbeza dari negara ke negara.


Adakah Malaysia Sedang Berdepan Inflasi?

Kenaikan harga oleh DHL Express ini telah menjadi berita yang kurang menyenangkan untuk rakyat Malaysia.

Inflasi Malaysia meningkat 3.4% kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

BACA JUGA: Massimo Bread Price Increase: KPDNHEP Asks For Justification

Indeks makanan berkembang sebanyak 6.1% dan kekal sebagai penyumbang utama kepada kenaikan inflasi pada Jun 2022.

Kenaikan harga barang akibat inflasi telah memberikan beban tambahan kepada masyarakat, malah ada yang terpaksa mengurangkan makan bagi memastikan mereka mempunyai wang yang mencukupi.

Inflasi bukan sahaja menjejaskan Malaysia malah seluruh dunia.

Wang Tidak Mencukupi

Bagaimana cara untuk kita menangani masalah ini?

Pertama, kita boleh mengurangkan pembelian barangan yang harganya telah meningkat untuk menampung perbelanjaan harian kita atau mencari diskaun dan tawaran supaya kita dapat memenuhi bajet bulanan kita.

Kedua, tambah pendapatan lain supaya kita masih mampu untuk membeli barangan berkenaan walaupun harga terus meningkat.

Anda juga boleh melabur dalam aset dengan pulangan yang melebihi kadar inflasi, seperti hartanah.

BACA JUGA: Nak Timba Ilmu Secara Online? Boleh Cuba 5 Website Ini Untuk ‘Self Learn’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd