Now Reading
2 Wanita Ditahan Polis Atas Dakwaan Cuba Culik Anak Kecil Di Genting Highlands

2 Wanita Ditahan Polis Atas Dakwaan Cuba Culik Anak Kecil Di Genting Highlands

Dua orang wanita dipercayai warga asing berusia 42 dan 50 tahun ditahan oleh pihak polis atas dakwaan cuba menculik kanak-kanak di Taman Tema (Indoor) Skytropolis, Genting Highlands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, tular satu video menunjukkan dua orang wanita dipercayai warga Pakistan dan Indonesia didakwa membuat cubaan untuk menculik seorang kanak-kanak di Taman Tema (Indoor) Skytropolis, Genting Highlands.

Kejadian tersebut berlaku ketika seorang ibu bersama anak kecilnya tiba-tiba dikerumuni oleh dua orang wanita tidak dikenali sementara menunggu suaminya habis bermain roller coaster.

Keadaan yang mencurigakan itu membuatkan mereka segera melaporkan kejadian kepada beberapa orang polis bantuan dan dua suspek berkenaan dibawa berjumpa dengan pihak keselamatan di lokasi tersebut.

BACA JUGA: Pemuda Dedah Detik Cemas Anak Kecil Hampir Diculik 2 Wanita Di Genting Highlands

Sumber: TikTok/@alfitry_azmi52

Dua wanita warga asing ditahan polis atas dakwaan cuba menculik di Genting Highlands

Memetik laporan Astro Awani, pihak polis telah menahan dua orang wanita warga asing bagi membantu siasatan atas dakwaan ingin menculik seorang kanak-kanak ketika di Taman Tema (Indoor) Skytropolis, Genting Highlands.

Ketua Polis Bentong Supritenden Zaiham Mohd Kahar memaklumkan kedua-dua suspek berusia 42 dan 50 tahun telah ditahan semalam (22 September) selepas dua hari bapa kepada mangsa membuat laporan polis.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk menculik.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd