Now Reading
Ibu Sanggup Racun Anak-anak Demi Raih Sumbangan

Ibu Sanggup Racun Anak-anak Demi Raih Sumbangan

Anak perempuannya yang meninggal dunia pada tahun 2019 juga didapati menjadi mangsa kerancunan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa sangka, di dunia ini ada juga seorang wanita bergelar ‘Ibu’ yang dikatakan sanggup meracun anak sendiri demi mendapatkan sumbangan wang menerusi media sosial.

Hakikatnya, kejadian tersebut telah berlaku di negara jiran, Thailand.

Menerusi laporan sumber, kes berkenaan melibatkan seorang wanita di Bangkok, Thailand yang dijatuhi hukuman mati selepas meracun dua orang anaknya dengan motif meraih sumbangan.

Tertuduh, Nattiwan Rakkunjet didapati bersalah setelah meracun dua orang anaknya dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam usaha meminta sumbangan di media sosial untuk tujuan membiayai rawatan perubatan.

Nattiwan dikatakan membawa anak lelakinya yang berusia empat tahun ke hospital dengan mendakwa bahawa mangsa mengalami sakit perut dan muntah darah oleh kerana alahan kepada makanan laut (seafood).

Doktor yang merawat kanak-kanak tersebut bagaimanapun mendapati bahawa mangsa mengalami jangkitan perut yang teruk dan keadaan itu bukanlah reaksi alahan seperti yang didakwa oleh ibunya.

Pakar Perubatan di Hospital Universiti Thammasat menentukan bahawa kedua-dua mangsa mengalami pendarahan di dalam saluran penghadaman, muntah darah, dan radang perut.

Tertuduh didapati telah mencampurkan bahan menghakis ke dalam makanan anaknya selama dua tahun. Anak perempuannya yang meninggal dunia pada tahun 2019 juga didapati menjadi mangsa kerancunan.

Sanggup Racun Anak, Tertuduh Dijatuhi Hukuman Mati

Kes ini turut menyebabkan Nattiwan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracun kedua-dua anaknya dan memuat naik gambar mereka di media sosial untuk meminta sumbangan orang ramai.

Tertuduh ditahan pada Mei 2020 dan anak lelakinya ditempatkan di pusat perlindungan. Dalam pada itu, pihak polis juga menemui wang berjumlah 20 juta baht (RM2.5 juta) dalam dua akaun bank wanita berkenaan.

Mengulas lanjut, Nattiwan mengaku bersalah melakukan jenayah pemerdagangan manusia dengan menggunakan anak sendiri untuk meminta derma, pembunuhan, dan cubaan membunuh.

Mahkamah memutuskan bahawa pengakuan itu tidak boleh menjadi faktor untuk meringankan hukuman buat tertuduh. Oleh itu, hukuman mati masih dikekalkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd