Now Reading
Kes Dera Anak Saudara: Pasangan Suami Isteri Diberkas & Kini Reman 7 Hari

Kes Dera Anak Saudara: Pasangan Suami Isteri Diberkas & Kini Reman 7 Hari

Adik perempuan mangsa yang berusia enam tahun mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan, dan belakang badan dipercayai kesan akibat penderaan yang dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, semalam (16 September), orang awam telah dikejutkan dengan tindakan seorang kanak-kanak yang dilihat berdiri di tingkat empat sebuah kondominium di Ampang Jaya, Selangor.

Punca kanak-kanak berkenaan bertindak sedemikian adalah apabila mangsa dipercayai didera dan itu adalah cubaan untuk melarikan diri setelah dikurung di dalam sebuah bilik.

BACA LANJUT: Kanak-kanak 8 Tahun Jadi Mangsa Dera Di Ampang Diselamatkan Oleh Bomba

Ibu & Bapa Saudara Ditahan Reman Oleh Pihak Polis

Dalam perkembangan kes sama, adik perempuan kepada mangsa yang berumur 6 tahun juga menjadi mangsa dera dua pasangan isteri dan merupakan ibu serta bapa saudara kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

Pasangan suami isteri tersebut kini telah direman tujuh (7) hari bagi membantu siasatan kes penderaan dua kanak-kanak berkenaan.

Menurut laporan sumber, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak menjelaskan bahawa reman pasangan suami isteri itu bermula hari ini (17 September, Sabtu).

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam (Jumaat). Suspek wanita yang menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia merupakan adik kepada ibu mangsa. Ibu kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada suspek untuk penjagaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak menerusi Sinar Harian.

Kedua-dua mangsa disyaki didera berdasarkan kesan lebam pada tubuh badan mereka. Adik perempuan mangsa yang berusia enam tahun mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan, dan belakang badan dipercayai kesan akibat penderaan yang dilakukan.

Kedua-dua mangsa kini telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd