1,977 Kes Covid-19 Dengan 8 Kematian Dicatatkan, 17 September
Seramai 1,178 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital, diikuti dengan 60 orang pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Data menerusi portal covidnow setakat 16 September 2022, 11:59pm menunjukkan Malaysia kini merekodkan 1,977 kes baharu Covid-19 dengan dua daripadanya adalah kes import.
Ia sekaligus mencatatkan 27,158 kes aktif.
Daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 25,915 (95.4%) daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah. Manakala lima pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Menerusi data sama, ia juga menunjukkan bahawa seramai 1,178 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital, diikuti dengan 60 orang pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malaysia turut mencatatkan lapan (8) kematian baharu pada Jumaat (16 September). Dua daripada kes kematian adalah Brought-In-Dead (BID) iaitu kematian di luar hospital.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.