Now Reading
Tiada Lagi Saman Tidak Pakai Mask

Tiada Lagi Saman Tidak Pakai Mask

Malaysia kini sedang menunggu pengisytiharan untuk memasuki fasa endemik Covid-19 kerana jumlah jangkitan kes yang rendah dalam kalangan komuniti telah direkodkan ketika ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 7 September lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan rasmi telah mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka/face mask kini tidak lagi diwajibkan apabila berada di dalam bangunan (indoor).

Menurut kenyataan sama, KKM menjelaskan berdasarkan penilaian situasi semasa pandemik serta mengambil kira keperluan semasa, pihak mereka mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (optional).

Pendek kata, nak pakai, boleh. Tak nak pakai pun tak mengapa.


Tiada Lagi Saman Pelitup Muka

Semalam (13 September), Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menjelaskan bahawa selaras dengan pengumuman KKM minggu lalu, kerajaan kini tidak lagi akan mengeluarkan saman di bawah Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak memakai pelitup muka.

Jadi, kita perlu menjaga diri sendiri dan mengamalkan norma baharu, termasuk memakai pelitup muka jika mempunyai gejala COVID-19 dan mengasingkan diri sendiri, selain membuat laporan dalam aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia digalakkan untuk memakai pelitup muka di tempat sesak dan diwajibkan ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di fasiliti kesihatan.

(Credit: Malay Mail)

Mengulas lanjut, beliau juga menjelaskan Malaysia kini sedang menunggu pengisytiharan untuk memasuki fasa endemik Covid-19 kerana jumlah jangkitan kes yang rendah dalam kalangan komuniti telah direkodkan ketika ini.

Pengisytiharan berkenaan bergantung kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang menentukan status fasa endemik sesebuah negara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd