Diskaun Tiket Feri Online Untuk Penduduk Langkawi Ditawarkan Mulai 1 Oktober Ini
Penduduk Langkawi perlu memuat naik dan mengisi borang yang disediakan di laman web Langkawi Ferry Line bagi memastikan status mereka sebagai penduduk tempatan di pulau itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pulau Langkawi adalah salah satu lokasi yang menjadi pilihan utama masyarakat tempatan untuk bercuti di dalam Malaysia.
Ada banyak tempat best yang anda boleh pergi di Langkawi. Dari lokasi pantai untuk bersantai sehingga aktiviti berseronok dan mempelajari tentang sejarah, semuanya ada.
Sebagai contoh Underwater World Langkawi (UWL), Makam Mahsuri, 3D Art Langkawi dan Dataran Helang.
Penduduk Langkawi boleh beli tiket feri online dengan harga diskaun
Perhatian kepada penduduk Langkawi sekalian. Ada berita baik untuk anda semua!
Mulai 1 Oktober ini, penduduk tempatan di Langkawi boleh menikmati potongan diskaun bagi pembelian tiket feri secara atas talian untuk perjalanan keluar dan masuk ke pulau berkenaan.
Sumber: Langkawi Ferry Line
Memetik laporan Utusan, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom memaklumkan mereka perlu membuat pengesahan bagi memastikan seseorang itu merupakan penduduk Langkawi.
Caranya adalah dengan memuat naik dan mengisi borang yang disediakan di laman web Langkawi Ferry Line.
Borang tersebut kemudiannya boleh dihantar ke Ibu Pejabat Ferry Line Ventures di No. 81 & 83, Persiaran Bunga Raya, Fasa Dua Langkawi Mall.
Sehingga kini, potongan harga diskaun bagi pembelian tiket feri tersebut hanya diberikan kepada penduduk tempatan Langkawi sahaja menerusi laman web syarikat dan bukannya aplikasi Cuti-Cuti Langkawi.