Rosmah Bersalah 3 Pertuduhan Minta & Terima Rasuah, Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun & Denda RM970 Juta
Tiga pertuduhan rasuah tersebut membabitkan projek solar hybrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah di atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
Datin Seri Rosmah yang merupakan isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa pada November 2018 di atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta untuk projek membekalkan elektrik kepada sekolah di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun berserta denda RM970 juta.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.