Now Reading
Prasarana Tawar Tambang LRT & Bas Percuma Untuk Golongan OKU Sepanjang September Ini

Prasarana Tawar Tambang LRT & Bas Percuma Untuk Golongan OKU Sepanjang September Ini

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menawarkan tambang percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) selama sebulan pada September sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 tahun ini.

Tambang bas dan LRT untuk OKU percuma sepanjang September sempena Hari Kebangsaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengumumkan satu berita baik bahawa mereka akan menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pemberian tambang percuma yang diberikan bermula 31 Ogos sehingga 30 September juga bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 pada tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan tambang percuma itu diberikan khusus kepada mereka yang memegang kad OKU berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemegang kad konsesi OKU MyRapid.

Kesemua perkhidmatan Prasarana termasuklah Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan Rapid Mobiliti boleh digunakan secara percuma oleh golongan OKU sepanjang September ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Sumber: Paultan

Pemberian tambang percuma sebagai tanda terima kasih kepada golongan OKU

Pengguna OKU yang ingin memanfaatkan pemberian percuma ini perlu menunjukkan kad perakuan OKU oleh JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen yang bertugas di kaunter dan mereka akan memberi token khas.

Wee turut menyatakan bahawa inisiatif tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih dari kumpulan Prasarana kepada pengguna OKU yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Prasaran, jumlah purata dalam sebulan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan bas adalah 23,527 orang manakala yang menggunakan perkhidmatan rel pula seramai 26,762 orang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Semoga pemberian tambang percuma ini dapat dimanfaatkan dengan baik oleh golongan OKU serta dapat menggalakan lebih ramai pengguna OKU menggunkan perkhidmatan ini.

BACA JUGA: Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd