Now Reading
Rakyat Selangor Nak Air Percuma? Jom Semak 3 Syarat Skim Air Darul Ehsan

Rakyat Selangor Nak Air Percuma? Jom Semak 3 Syarat Skim Air Darul Ehsan

Melalui program Skim Air Darul Ehsan (SADE), penduduk Selangor berpendapatan isi rumah bawah RM4,000 boleh mendapatkan bekalan air 20 meter padu secara percuma setiap bulan.

Rakyat Selangor Nak Bekalan Air Percuma? Jom Semak 3 Syarat Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tidak dinafikan kos sara hidup pada zaman kini semakin meningkat, dan ianya lebih terasa buat mereka yang sudah berkeluarga.

Harga barang keperluan seperti roti dan minyak pun sudah naik. Zaman sekarang ini kalau tiada simpanan wang yang mencukupi, agak terbeban juga.

BACA JUGA: Gardenia Naikkan Harga Roti Bermula 1 September

Air Selangor perkenal Skim Air Darul Ehsan Untuk Kurangkan Beban Rakyat

Baru-baru ini menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter (Air Selangor), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengumumkan satu program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diberi nama Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Program SADE ini diwujudkan bertujuan untuk memberi bekalan air percuma kepada kumpulan sasaran iaitu warganegara Malaysia yang tinggal di Selangor dan mempunyai pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000.

Melalui program ini, penduduk yang layak akan menerima air secara percuma sebanyak 20 meter padu untuk tempoh sebulan.

Sumber: Air Selangor/ Selangor Journal

Syarat kelayakan permohonan Skim Air Darul Ehsan

Walau bagaimanapun, program SADE ini hanya layak untuk beberapa golongan sahaja mengikut syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di negeri Selangor.
  • Pendapatan bulanan seluruh isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
  • Premis kediaman menggunakan meter jenis individu.
  • Pemohon hanya boleh membuat permohonan menggunakan satu akaun atau premis sahaja.

Bagi pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah, anda akan terus menerima 20 meter padu air percuma secara automatik di bawah skim ini sehingga 31 Disember 2024.

Pemberian tersebut akan diberikan mengikut kaedah sedia ada dengan melibatkan pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Kepada anda yang ingin membuat permohonan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, boleh klik [DI SINI].


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd