Now Reading
Letupan Belakang Pentas KLFW Di Pavilion KL Didakwa Kerana Litar Pintas

Letupan Belakang Pentas KLFW Di Pavilion KL Didakwa Kerana Litar Pintas

Letupan kecil pada hari terakhir Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di Pavilion KL itu dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian sehingga mengakibatkan litar pintas.

Letupan Belakang Pentas KLFW Di Pavilion KL Didakwa Kerana Litar Pintas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Acara pertunjukan fesyen melibatkan pereka baju tempatan iaitu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) merupakan acara tahunan yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah Pavilion KL.

Sejak hari pertama berlangsung bermula pada 17 Ogos lalu, pelbagai jenis rekaan baju yang dipersembahkan oleh pereka tempatan seperti Hatta Dolmat, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini dan banyak lagi.

BACA JUGA: Hatta Dolmat & Taylor’s Bekerjasama Dalam Pengeluaran Koleksi Lestari

Diadakan di ruangan tengah utama (Centre Court) di tingkat dua, pengunjung pusat beli-belah berkenaan juga berpeluang untuk melihat sama rekaan baju yang digayakan oleh model.

Sumber: KLFW

Letupan kecil di belakang pentas KLFW

Pada hari terakhir acara KLFW iaitu semalam (21 Ogos), satu insiden kecil berlaku di Pavilion KL didakwa berhampiran dengan pentas pertunjukan fesyen tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, insiden yang berlaku pada petang Ahad semalam didakwa berpunca daripada litar pintas.

Sumber: TikTok/Datuk Aznil Nawawi

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihak mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada pusat beli-belah tersebut berhubung insiden terbabit.

Kami sudah menghubungi pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan dan mereka memaklumkan letupan tersebut dipercayai berlaku akibat masalah pendawaian sehingga mengakibatkan litar pintas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam enam petang itu berjaya dikawal oleh pihak pengurusan bangunan melibatkan beberapa polis bantuan serta pengawal keselamatan.

Dalam pada itu, video insiden tersebut juga sempat dirakam dan dimuat naik oleh pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi di laman TikTok miliknya (Datuk Aznil Nawawi) ketika sedang berada berhampiran di lokasi letupan kecil berkenaan.

@datukaznilnawawi

Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co Tiba2….

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Sekiranya anda berada berhampiran dengan kawasan yang berbahaya seperti ini, elakkan menggunakan eskalator atau lif bagi mengelakkan sebarang risiko.

BACA JUGA: Bilik Sauna Di Babel Gym, Menara 3 Suria KLCC Terbakar, 80% Kemusnahan Dilaporkan


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd