STPM 2021: Hampir 70% Pelajar Cemerlang Datang Dari Keluarga B40
Dalam 874 orang calon yang memperoleh PNGK 4.00 sebanyak 70% iaitu seramai 584 orang pelajar datang daripada golongan B40.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pada hari ini (18 Ogos), para pelajar pra universiti yang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah menerima keputusan mereka.
Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman memaklumkan seramai 874 orang pelajar atau 2.41% calon STPM 2021 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00.
Keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian pada tahun 2020. Dalam jumlah tersebut, hampir 70% atau seramai 584 calon adalah daripada golongan B40.
Walau bagaimanapun, bilangan pelajar yang mendaftar sebagai calon STPM telah berkurang sebanyak 5.22% daripada 44,704 orang kepada 42,369 orang.

Jurang PNGK calon bandar dan luar bandar berkurang
Mohd Ekhwan turut memberitahu buat pertama kalinya PNGK keseluruhan bagi calon bandar serta luar bandar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara selepas kedua-duanya memperoleh PNGK 2.79.
Pada masa sama, PNGK Nasional STPM 2021 juga meningkat sebanyak 0.01 mata iaitu 2.79 berbanding 2.78 pada tahun 2020.
Dari segi pencapaian PNGK keseluruhan, peratusan calon STPM 2021 pada PNGK 3.75 ke atas adalah 9.04%, PNGK 3.00 ke atas (41.72%), PNGK 2.75 ke atas (55.85%) dan PNGK 2.00 ke atas adalah 88.24%.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
Team TRP mengucapkan tahniah kepada kesemua calon STPM yang menerima keputusan pada hari ini.
Walau apa pun keputusan yang anda dapat, percayalah rezeki lebih luas menanti anda pada masa akan datang.
BACA JUGA: Nak Mohon Kerja Tapi Salinan PMR/SPM Hilang? Ini Cara Dapatkan Semula Sijil
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.