Now Reading
Kanak-Kanak Perancis Maut Disengat Ubur-ubur Di Pulau Pangkor

Kanak-Kanak Perancis Maut Disengat Ubur-ubur Di Pulau Pangkor

Kanak-kanak Perancis berusia lima tahun itu disahkan meninggal dunia di Pulau Pangkor akibat sengatan ubur-ubur ketika sedang bermandi di pantai.

Farahin Fadzil
Kanak-Kanak Perancis Maut Disengat Obor-obor Di Pulau Pangkor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Percutian sekeluarga warganegara Perancis bertukar tragedi selepas salah seorang anak mereka dilaporkan maut akibat terkena sengatan ubur-ubur di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Kejadian yang berlaku Isnin lalu (15 Ogos) kira-kira pada jam 6.45 petang itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun selepas mereka sekeluarga selesai mendaftar masuk di sebuah hotel berhampiran pulau peranginan berkenaan.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan mangsa dikatakan tiba-tiba menjerit kesakitan selepas 30 minit berada di dalam air.

Menyedari kejadian itu, orang awam yang berada di kawasan berhampiran segera membawa mangsa ke darat sebelum menyedari terdapat sengatan ubur-ubur pada badannya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Libur)

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat sengatan ubur-ubur

Difahamkan, mangsa mula tidak menyedarkan diri ketika dibawa ke darat. Berikutan itu, keluarga kanak-kanak berkenaan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Pangkor.

Namun begitu, mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di wad kecemasan klinik terbabit.

Selepas menerima laporan daripada petugas kesihatan berkaitan kes tersebut, Timbalan Ketua Polis Balai Pangkor serta anggotanya hadir di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.
Sumber: Klinik Kesihatan Pangkor

Pemeriksaan awal menunjukkan kesan sengatan pada beberapa bahagian badan mayat mangsa seperti perut, tangan kiri serta kaki kiri dipercayai akibat diserang oleh ubur-ubur.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak warga Perancis itu adalah kerana ‘jellyfish envenomation‘ atau sengatan ubur-ubur dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun

Menerusi laporan Bernama, Pengarah Jabatan Negeri Noraishah Hashim memaklumkan tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pulau Pangkor selepas siasatan awal dilakukan di lokasi terbabit semalam (17 Ogos).

Namun begitu, hasil perbincangan Jabatan Perikanan dengan pihak-pihak lain mencadangkan untuk meletakkan papan tanda amaran kehadiran ubur-ubur berbahaya.

Pengarah Jabatan Negeri Noraishah Hashim.

Pengunjung juga diminta untuk berhati-hati dengan tidak menyentuh hidupan laut tersebut di kawasan sekitar pantai berkenaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd