Now Reading
Agong Terima Darjah Tertinggi Turkiye Daripada Erdogan

Agong Terima Darjah Tertinggi Turkiye Daripada Erdogan

Sultan Abdullah merupakan Ketua Negara ASEAN pertama menerima darjah tertinggi daripada kerajaan Turkiye iaitu Turkish Order of the State.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima darjah tertinggi daripada kerajaan Turkiye iaitu Turkish Order of the State sempena Lawatan Negara ke Turkiye.

Memetik laporan Astro Awani, anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden menjadikan Baginda sebagai Ketua Negara ASEAN pertama menerima anugerah berprestij itu.

Seri Paduka Baginda merupakan salah seorang daripada lima pemimpin negara lain yang turut menerima pingat sama di bawah pimpinan Erdogan.

Turut sama menerima anugerah tertinggi itu adalah:

  • Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz
  • Raja Belgium Raja Philip
  • Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al- Jaber Al-Sabah
  • Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi
Sumber: Berita RTM

Agong berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Erdogan

Dalam pada masa sama, Baginda juga berkenan mengurniakan anugerah darjah tertinggi negara Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Erdogan.

Darjah kebesaran DMN berkenaan dikurniakan kepada Sultan atau Raja yang memerintah negeri. Namun, anugerah tersebut juga boleh dikurniakan secara kehormat kepada warga asing serta orang paling dihormati.

Turut mengiringi Baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

BACA JUGA: [Foto] Agong & Raja Permaisuri Berada Di UK Sempena Majlis Graduasi Anakanda Tercinta


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd