Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakan dan sudah pastinya tiada siapa ingin terlibat dalam kejadian yang boleh meragut nyawa ini.
Semalam (14 Ogos), satu serpihan batu konkrit dilaporkan terjatuh dari jejambat landasan pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) ke khemah peniaga di Pasar Besar Meru, Klang.
Sumber: Facebook/Majlis Perbandaran Klang
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Majlis Perbandaran Klang, kejadian itu berlaku pada jam 9:30 pagi ketika kerja ‘hacking’ sedang dilakukan oleh pihak Emrail Sdn Bhd (EMSB).
Daripada gambar yang dikongsikan di media sosial itu, kepingan simen tersebut telah terjatuh ke atas bakul berisi sayur-sayuran dan juga menyebabkan sebahagian bumbung khemah terkoyak.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak LRT dan mereka menghentikan kerja serta-merta serta proses pembersihan segera dilakukan.
Sumber: Facebook/Majlis Perbandaran Klang
Dalam pada itu, MPK juga mengarahkan gerai-gerai terlibat untuk tutup serta-merta dan berpindah ke petak kosong berhampiran yang lebih selamat.
Sehingga kini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.