Now Reading
DBKL Tutup Jalan TAR Setiap Ahad Mulai 28 September, Galakkan Budaya Jalan Kaki

DBKL Tutup Jalan TAR Setiap Ahad Mulai 28 September, Galakkan Budaya Jalan Kaki

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk menutup Jalan TAR dari simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6.:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.

DBKL Bakal Tutup Jalan TAR Untuk Kenderaan Setiap Ahad Mulai 28 September Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR adalah salah satu lokasi terkenal di Kuala Lumpur yang sentiasa meriah dengan orang ramai serta mempunyai pelbagai perniagaan tekstil serta pakaian untuk seisi keluarga.

Cakap sahaja anda nak beli apa, memang semuanya ada di sini. Dari pakaian sekolah anak, baju kurung, tudung dan karpet, macam-macam ada.

Rata-rata pengunjung di sini juga lebih gemar berjalan kaki kerana kebanyakan kedai di kawasan ini berada di tepi jalan.

Sumber: Malay Mail

DBKL cadang untuk tutup laluan kenderaan di Jalan TAR setiap hari Ahad

Terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bercadang untuk menutup kemasukan laluan kenderaan ke Jalan TAR pada setiap hari Ahad mulai 28 September 2022.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan cadangan ini dibuat bagi mengalakkan orang ramai membudayakan amalan berjalan kaki.

Kami bercadang untuk menutup Jalan TAR dari simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6.:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam untuk menggalakkan rakyat Malaysia berjalan kaki.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Sumber: Head Topics

Pelbagai program perisian akan dilakukan sepanjang penutupan jalan itu seperti persembahan muzik jalanan (buskers) dan program sukan tradisional.

Dalam pada itu, DBKL juga sedang meneliti cadangan untuk melakukan perkara sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke Jalan Bukit Bintang.

Sumber: Malay Mail

Sejajar dengan budaya berjalan kaki yang ingin dipupuk dalam kalangan masyarakat, DBKL telah memasang kira-kira 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan dengan 2,062 adalah tertumpu kepada laluan pejalan kaki.

BACA JUGA: JPJ Umum Waktu Terhad Kenderaan Berat Masuk KL, Terutama Pada Waktu Puncak


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd