Rider Tak Jadi Mogok 24 Jam Lepas Syarikat Penghantar Makanan Tawar Bonus
Ganjaran bonus diberikan kepada rider yang bekerja bermula hari ini sehingga Ahad (7 Ogos).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Disebabkan tidak puas hati dengan caj keuntungan untuk setiap pesanan, sekumpulan rider penghantar makanan baru-baru ini merancang untuk melakukan mogok selama 24 jam bermula hari ini, 5 Ogos.
Mogok itu dilakukan oleh mereka dengan cara mematikan aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan sepanjang hari tanpa mengambil sebarang pesanan makanan dari pelanggan.
Malah, ada yang mendakwa kumpulan penghantar makanan ini berkumpul dan sama-sama bergerak ke ibu pejabat syarikat penyedia perkhidmatan mereka.
BACA JUGA: Rider Penghantar Makanan Lancar Mogok 24 Jam Hari Ini, 5 Ogos

Syarikat perkhidmatan tawar bonus kepada penghantar makanan
Laporan Utusan memaklumkan sebuah syarikat penghantar makanan mengambil keputusan untuk mengembalikan semula ganjaran upah kepada rider selepas mereka melancarkan mogok hingga tengah malam hari ini (5 Ogos).
Bonus tambahan yang diberikan kepada rider penghantar makanan itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman. Ganjaran berkenaan akan ditawarkan untuk mereka yang bekerja pada tarikh ditetapkan iaitu 5 hingga 7 Ogos 2022.
Flexi bonus kembali lagi! Peluang terakhir kepada penghantar makanan untuk mendapatkan bonus tambahan pada minggu ini dengan bekerja pada 5 Ogos (hari ini), 6 Ogos (Sabtu) dan 7 Ogos (Ahad).
Pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat penghantar makanan.
Ada rider yang berhenti mogok selama 24 jam hari ini
Namun hasil daripada tinjauan di media sosial, ada juga yang masih meneruskan mogok tersebut meskipun ganjaran bonus ditawarkan bermula hari ini sehingga Ahad.



Pada masa sama, tawaran bonus yang diberikan oleh syarikat penghantar makanan itu juga telah berjaya menghentikan niat segelintir rider daripada meneruskan mogok.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.