Cukai 10% Bagi Barangan Import Kurang Dari RM500 Mulai Januari 2023
Pengguna akan dikenakan cukai jualan sebanyak 10% berdasarkan Low Value Goods (LVG) iaitu barangan bernilai rendah yang dibeli secara atas talian.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Dengan adanya telefon bimbit pada zaman sekarang, memang senang sangat nak membeli-belah secara atas talian. Dulu kalau nak shopping, kena keluar ke pusat beli-belah tetapi kini tidak lagi kerana semuanya berada di hujung jari.
Sambil masak lauk rendang di dapur pun boleh shopping. Dengan hanya satu klik, tahu-tahu barang dah sampai depan rumah.
Pengalaman membeli secara atas talian menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai platform yang disediakan.
BACA JUGA: In The Future, The Stuff You Buy Online Might Not Be Sent To Your Door
Cukai jualan barangan import bakal dikuatkuasa mulai 2023
Bermula 1 Januari 2023, kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai jualan terhadap barangan import bernilai kurang dari RM500 yang dibeli secara atas talian.
Pengguna akan dikenakan cukai jualan sebanyak 10% berdasarkan Low Value Goods (LVG) iaitu barangan bernilai rendah.
Memetik laporan The Star, keputusan ini dibuat selepas cadangan pindaan Akta Cukai Jualan 2018 bagi mengenakan cukai jualan LVG melalui Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan (Pindaan) 2022 diluluskan di Parlimen.
Di bawah RUU tersebut, Seksyen 11A yang baharu akan diwujudkan dan mentakrifkan LVG sebagai barangan yang dijual di luar Malaysia kemudian dibawa masuk ke dalam negara.

Tujuan pelaksanaan cukai jualan barangan import LVG
RUU baharu ini akan melibatkan kedua-dua belah pihak yang menjual LVG melalui platform atas talian serta pembeli.
Dalam pada itu, peniaga LVG perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan (MoF) serta menunjukkan butiran barangan LVG yang dijual di bawah Seksyen 11D.

Pindaan ini juga berbentuk pentadbiran am yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pemain industri dan pembayar cukai.
Malah satu mekanisme dijangka akan diwujudkan bagi membolehkan peniaga berdaftar mengutip cukai setelah pelanggan membuat pembelian secara atas talian.
BACA JUGA: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Masih Keliru Dengan Cukai CP500
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.