Now Reading
Jurulatih 52 Tahun Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Medan Gopeng, Perak

Jurulatih 52 Tahun Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Medan Gopeng, Perak

Pesawat Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA itu telah terhempas berhampiran Medan Gopeng di Ipoh, Perak pada jam 8.10 malam semalam (1 Ogos).

Insiden Pesawat Ringan Terhempas Di Perak: Jurulatih Maut & Seorang Cedera

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekitar jam 8:10 malam semalam (1 Ogos), sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di Ipoh, Perak.

Dalam kejadian tersebut, pesawat berkenaan telah terhempas di rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan dengan kediaman penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh Azman Hussin berkata anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada malam semalam (1 Ogos).

Sumber: Sinar Harian, Facebook/Aidil Ekin

Seorang jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera

Memetik laporan Harian Metro, kemalangan tersebut melibatkan dua orang mangsa iaitu jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal berusia 52 tahun dan Muhammad Din Fikri Zainal Abidin berumur 62 tahun.

Sumber: Berita Harian

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa jurulatih penerbangan berusia 52 tahun itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

Pihak polis juga telah meminta syarikat yang mengendalikan penerbangan berkenaan supaya menghubungi waris kedua-dua mangsa.

Punca kemalangan masih dalam siasatan

Mior Faridalathrash tidak menolak kemungkinan bahawa pesawat Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA tersebut telah berlepas dari sekolah penerbangan lebih awal sebelum kejadian berlaku.

Kami percaya penerbangan telah dilakukan terlebih awal sebelum kejadian. Tetapi sehingga kini kami tidak dapat mengesahkan sama ada mereka sedang menjalani latihan atau sebaliknya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Sumber: Astro Awani

Tambahnya lagi, faktor cuaca tidak dilihat sebagai punca insiden terbabit kerana keadaan cuaca ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian adalah dalam keadaan baik.

Berikutan itu, punca sebenar kejadian diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk siasatan lanjut.

BACA JUGA: Pesawat Hawk Terhempas Ketika ‘Night Flying’, Identiti Juruterbang Kini Dikenal Pasti


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd