Now Reading
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur akibat jangkitan pada injap jantung.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Meninggal Dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.08 malam semalam (31 Julai) di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengurus laman Facebook Allahyarham (Abdul Khalid Ibrahim) menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik.

Difahamkan, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 76 tahun dengan meninggalkan isteri, empat orang anak serta dua cucu.

Jenazah bakal dikebumikan selepas Zohor hari ini, 1 Ogos

Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada jam 8.00 pagi tadi untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Selepas selesai urusan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk memberi peluang kepada rakyat Selangor memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Atas titah dan limpah kurnia Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam selepas waktu Zohor kira-kira jam 2.00 petang ini.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd