Now Reading
Banjir Di Kedah: Kampung Iboi Dilanda Insiden Kepala Air Sekali Lagi

Banjir Di Kedah: Kampung Iboi Dilanda Insiden Kepala Air Sekali Lagi

Insiden kepala air yang turun secara deras dari Gunung Inas telah menyebabkan Kampung Iboi di Kedah sekali lagi dilanda banjir akibat limpahan Sungai Iboi.

Kampung Iboi Kedah Banjir Sekali Lagi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 4 Julai lalu, daerah Baling di Kedah dilanda banjir kilat berikutan air pasang laut dan hujan berterusan melebihi tiga jam sehingga mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah.

Dalam kejadian banjir itu, antara kawasan yang teruk terjejas ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.

BACA JUGA: Banjir Di Kedah: Limpahan Air Sungai Kupang Akibat Hujan Lebat Tanpa Henti Jadi Punca Utama

Kampung Iboi banjir sekali lagi

Baru-baru ini, penduduk Kampung Iboi serta beberapa penempatan lain berhampiran Sungai Kupang di Kedah dikejutkan sekali lagi dengan insiden kepala air yang turun dari Gunung Inas dan melimpahi Sungai Iboi petang semalam (28 Julai).

Limpahan Sungai Iboi mengakibatkan kawasan berkenaan dilanda banjir buat kali kedua selepas insiden banjir kilat yang meragut tiga nyawa pada awal bulan Julai lalu.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian banjir ini berlaku akibat hujan berterusan serta air turun secara deras dan menyebabkan sungai melimpah.

Sumber: Astro Awani/ Berita Harian

Banjir kali ini telah menjejaskan hampir 60 orang penduduk dari Kampung Padang Empang, Kupang berikutan rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter pada malam semalam (28 Julai).

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah pada jam 10 malam selepas mendapati rumah mereka tidak selamat untuk didiami.

Sumber: Facebook APM Negeri Kedah

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Kapten Rasidah Kassim turut memaklumkan pasukannya telah melakukan persediaan awal dengan membuka sebuah lagi PPS sebagai langkah awal sekiranya keadaan bertambah buruk.

Selain Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, penduduk di penempatan lain iaitu di Bendang Bechah, Bendang Padang dan kawasan Sekolah Menengah Yayasan Agama Khairiah, Kupang juga akan diarahkan untuk berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Kapten Rasidah Kassim.

Keadaan Sungai Kupang yang tular di media sosial menimbulkan kerisauan orang ramai

Beberapa video dari penduduk tempatan yang dimuat naik di Facebook menunjukkan keadaan sungai mengalir secara deras di Sungai Kupang.

Kejadian limpahan sungai ini yang dilaporkan mula berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam mencetuskan rasa panik penduduk tempatan selepas ianya dilihat melimpah ke atas Jambatan Bailey.

Sehingga kini, tiada mangsa dilaporkan hilang atau maut dalam kejadian banjir ini.

Sama-sama kita mendoakan agar mangsa banjir di Baling, Kedah dipermudahkan urusan dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

BACA JUGA: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd