[Terkini] PDRM Tawar Diskaun Bayaran Saman Sehingga 50% Sabtu Ini, 30 Julai
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50% untuk beberapa saman terpilih sahaja pada Sabtu ini, 30 Julai bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah memberikan diskaun saman trafik secara besar-besaran sehingga 50% kepada beberapa jenis kesalahan terpilih pada tahun lalu. Sambutan yang diterima pun agak menggalakkan juga.
BACA JUGA: PDRM Tawar Diskaun Kompaun Saman Trafik 50% Hingga Julai 2021
Baru-baru ini, PDRM memaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter (@PDRMsia) bahawa pihak mereka sekali lagi akan menawarkan diskaun kompaun saman sehingga 50% untuk saman terpilih.
Tawaran ini hanya berlangsung satu hari sahaja iaitu pada hari Sabtu ini (30 Julai) di Program ‘Road March’ bersempena Hari Polis Ke-215.
Kepada anda yang ingin mendapatkan pengurangan bayaran saman ini, boleh datang ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
[HEBAHAN] HARI POLIS KE-215: TAWARAN DISKAUN SAMAN 50% DI PROGRAM ‘ROAD MARCH' 2022
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) July 28, 2022
Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Jom datang beramai-ramai!❤️🇲🇾 pic.twitter.com/YcKYIETeLY
Saman yang TIDAK LAYAK diskaun
Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun kecuali:
- Saman Tidak Patuhi Lampu Merah 2021
- Saman Lorong Kecemasan 2021
- Saman Potong Secara Merbahaya 2021
- Saman Potong di Garisan Berkembar 2021
- Saman Kemalangan 2021
- Saman Dalam Perbicaraan
- Saman Tidak Boleh Kompaun
- Saman Berkaitan Lori
- Saman Berkaitan Ekzos
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, boleh hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.