Now Reading
[Terkini] TNB Maklum Gangguan Elektrik Berlaku Di Sekitar Lembah Klang

[Terkini] TNB Maklum Gangguan Elektrik Berlaku Di Sekitar Lembah Klang

Antara kawasan yang terjejas ialah Subang, Cheras, Mont Kiara, Setapak dan Setiawangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Malaysia.

Ramai yang bertanya kepada pengguna media sosial lain sekiranya mereka juga menghadapi masalah sama. Ada yang memaklumkan gangguan elektrik itu turut berlaku di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti:

  • Kuala Lumpur
  • Bangsar
  • Mont Kiara
  • Bukit Jalil
  • Kajang
  • Cheras
  • Petaling Jaya
  • Damansara
  • Shah Alam
  • Subang Jaya
  • KLCC

Gangguan elektrik ini juga dilaporkan berlaku di beberapa negeri lain seperti:

  • Pahang
  • Ipoh
  • Seremban
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Johor

Merujuk di laman Facebook TNB (Tenaga Nasional Berhad), beberapa senarai kawasan terjejas telah dikeluarkan.

Berikutan itu, syarikat berkenaan juga mengesahkan perkara tersebut di media sosial dan memaklumkan pasukan teknikal sedang berusaha membaik pulih kawasan terlibat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd