Now Reading
OKU Maut Dipukul Penghuni Pusat Jagaan Di Sungai Petani

OKU Maut Dipukul Penghuni Pusat Jagaan Di Sungai Petani

Mangsa berusia 49 tahun didakwa dipijak di lantai bilik pada 11 Julai lalu sehingga menyebabkan kesan lebam pada kaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, seorang lelaki OKU dilaporkan tidak menyedarkan diri sejak 10 hari lalu gara-gara dipukul dan dipijak oleh dua orang penghuni lain di sebuah pusat jagaan mental di Sungai Petani, Kedah.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani hari ini (27 Julai) pada jam 4.02 pagi.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) dan akan dipinda ke Seksyen 302 KK kerana membunuh selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Mangsa dipijak oleh penghuni lain kerana rasa tidak puas hati

Hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berpunca akibat rasa tidak puas hati oleh dua orang penguni berusia 21 dan 33 tahun. Mangsa didakwa dipijak di lantai bilik pada 11 Julai lalu sehingga menyebabkan kesan lebam pada kaki.

Menurut pengurus pusat jagaan tersebut, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bakar Arang pada keesokan hari bagi mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, mangsa dilihat seperti tidak bermaya di tempat tidurnya pada 17 Julai ketika dipanggil untuk makan. Kami terus bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 17 Julai lalu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan

Doktor pakar yang merawat mangsa memaklumkan lelaki tersebut berada dalam keadaan kritikal kerana selepas mendapati kesan lebam dari bawah pinggang hingga bahagian betis serta tulang tepi kaki kanan juga patah.

Kemungkinan berlaku kecederaan dalaman di bahagian perut mangsa dan dia seterusnya menerima rawatan serta dipantau pakar di zon merah HSAH.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan

Siasatan terhadap dua orang suspek mendapati mereka telah memukul lelaki itu kerana mendakwa mangsa mengganggu dengan memijak mereka yang sedang tidur di lantai bilik.

Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd