Now Reading
Tan Sri Mustapha Kamal Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun Pagi Ini, 25 Julai

Tan Sri Mustapha Kamal Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun Pagi Ini, 25 Julai

Tan Sri Mustapha Kamal dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini (25 Julai) di Institut Jantung Negara (IJN).

Institut Jantung Negara (IJN)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tokoh korporat ternama Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini (25 Julai).

Memetik laporan Astro Awani, anak kepada pengasas syarikat hartanah MK Land iaitu Felina memaklumkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 73 tahun dikhabarkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Buat masa ini, jenazah ayah saya masih di Institut Jantung Negara (IJN) dan kami sekeluarga akan buat persiapan untuk proses selanjutnya.

Felina binti Tan Sri Mustapha Kamal.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd