Now Reading
GSC Wujudkan Dewan Pawagam Mesra Sensori Pertama Di Malaysia, Khas Untuk Golongan Autisme

GSC Wujudkan Dewan Pawagam Mesra Sensori Pertama Di Malaysia, Khas Untuk Golongan Autisme

Pawagam mesra autisme ini merupakan hasil kerjasama Golden Screen Cinema (GSC), Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), EAP The Hope Project dan Autisme Cafe Project.

GSC Buka Panggung Wayang 'Mesra-Autisme'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sekarang ini ada macam-macam jenis panggung wayang di pasaran untuk memberikan keselesaan kepada para penonton.

Siap ada katil dan selimut tebal, taman permainan dalam pawagam pun ada kalau ibu bapa nak bawa anak-anak tengok wayang sekali. Bila persekitaran selesa, barulah syok nak tengok filem kan?

Disebabkan suasana yang berbeza, harga pun berbeza sedikit dengan tempat duduk biasa.

GSC wujudkan dewan pawagam sesuai untuk golongan autisme

Terbaharu, syarikat panggung wayang Malaysia Golden Screen Cinema (GSC) memperkenalkan dewan panggung wayang mesra sensori yang pertama di Malaysia di pusat beli-belah Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Dewan pawagam ini juga diwujudkan sebagai mesra autisme untuk memudahkan para ibu bapa membawa anak mereka yang berkeperluan khas menonton wayang.

Sumber: Facebook The National Austim Society of Malaysia – NASOM
Sumber: Facebook The National Austim Society of Malaysia – NASOM

Memetik laporan New Straits Times, dewan berkenaan menyediakan sofa yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan, taman permainan, pencahayaan malap serta ciri audio yang dikurangkan bagi menjaga sensitiviti autisme.

Mereka juga dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman peribadi masuk ke dalam panggung wayang.

GSC bekerjasama dengan tiga organisasi lain

Inisiatif ini dilakukan hasil kerjasama dengan beberapa organisasi seperti:

  • Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
  • EAP The Hope Project
  • Autisme Cafe Project
720Sumber: Facebook The National Austim Society of Malaysia – NASOM
Sumber: Facebook The National Austim Society of Malaysia – NASOM

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (nasomcares), pihak mereka mengucapkan terima kasih kepada GSC kerana mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih GSC atas inisiatif ini. Sekarang ibu bapa yang ada anak berkeperluan khas pun boleh tengok wayang tanpa risau anak mereka mengganggu penonton lain.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)

GSC juga bercadang untuk meluaskan kemudahan ini pada cawangan panggung wayang mereka yang lain pada masa akan datang.

BACA JUGA: Nak Tengok Mat Kilau, Seat Pula Diambil Orang. Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai, Tenang Je


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd