Now Reading
Kes Simbah Cat Di Crackhouse Club: Polis Buru 2 Individu Terlibat

Kes Simbah Cat Di Crackhouse Club: Polis Buru 2 Individu Terlibat

Rakaman kamera litar tertutup CCTV menunjukkan dua orang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja membaling cat di Crackhouse Comedy Club TTDI.

dua lelaki diburu polis kes simbah cat crackhouse club comedy

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada pagi Selasa lalu (19 Julai), Crackhouse Comedy Club telah dirosakkan dengan simbahan cat berwarna merah di papan tanda dan pintu masuk.

Walaupun Crackhouse Comedy Club berada di tingkat dua, tetapi sisa simbahan cat berkenaan juga boleh dilihat di kawasan jalanan berhadapan dengan bangunan tersebut.

Beberapa poster yang ditampal di dinding di bahagian tangga menuju ke kelab komedi turut diconteng dengan semburan cat merah.

BACA JUGA: Crackhouse Comedy Club ‘Diserang’, Penuh Dengan Contengan & Simbahan Cat

Sumber: The Vibes

Pihak polis sedang mengesan dua orang lelaki terlibat kes simbah cat

Sebahagian cat berwarna hitam yang dibaling juga terkena pada bahagian pintu cawangan Hong Leong Bank di tingkat bawah. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pekerja bank pada jam 10 pagi semalam (19 Julai).

Menurut laporan Utusan, perbuatan khianat itu telah mengakibatkan pihak mereka kerugian sebanyak RM3,000.

Pada masa sama, seorang pemilik restoran turut membuat laporan polis selepas kedai makannya telah disimbah cat berwarna merah pada papan tanda manakala pintu utama menuju ke tangga pula disimbah cat berwarna hitam.

Sumber: The Vibes
Sumber: Kosmo

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor memaklumkan pihak mereka kini sedang membuat semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan restoran berkenaan.

Menerusi rakaman CCTV, kejadian tersebut berlaku antara jam 4.15 pagi sehingga 5.09 pagi pada hari Selasa (19 Julai) dan melibatkan dua orang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Daripada kamera CCTV, kami lihat sebahagian dari cat hitam yang dibaling ke restoran telah terkena pada pintu utama bank. Rakaman itu akan dihantar ke Jabatan Forensik PDRM bagi mendapatkan analisis daripada pakar.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.

Pihak polis kini sedang memburu dua orang lelaki terlibat dalam kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd