Food Panda 10th Birthday
Now Reading
Crackhouse Comedy Club ‘Diserang’, Penuh Dengan Contengan & Simbahan Cat
Food Panda 10th Birthday Food Panda 10th Birthday

Crackhouse Comedy Club ‘Diserang’, Penuh Dengan Contengan & Simbahan Cat

Pada masa sama, sebahagian daripada cawangan Hong Leong Bank, TTDI di tingkat bawah turut disimbah dengan cat berwarna hitam.

Farahin Fadzil
CRACKHOUSE COMEDY CLUB

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang menjadi lokasi penggiat seni tempatan membuat persembahan komedi diarahkan tutup buat sementara waktu selepas terlibat dalam kontroversi video menghina agama Islam.

Pengasas bersama kelab komedi ini iaitu Rizal Van Geyzel  juga telah ditahan oleh pihak polis pada Khamis 14 Julai lalu dan dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi sehari selepasnya pada Jumaat (15 Julai).

Permohonan pihak polis untuk menahan reman Rizal selama empat hari ditolak oleh mahkamah dan hanya membenarkan reman untuk satu hari sahaja.

BACA JUGA: Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel Hanya Direman Sehari, Akan Dibebaskan Petang Ini

Crackhouse Comedy Club dirosakkan dengan vandalisme

Selepas kontroversi yang berlaku melibatkan Crackhouse Comedy Club, lokasi tersebut telah dirosakkan dengan simbahan cat berwarna merah di papan tanda dan pintu masuk.

Sumber: The Vibes
Sumber: The Vibes

Walaupun Crackhouse Comedy Club berada di tingkat dua, tetapi sisa simbahan cat berkenaan juga boleh dilihat di kawasan jalanan berhadapan dengan bangunan tersebut.

Laporan The Vibes juga memaklumkan beberapa poster yang ditampal di dinding menuju ke Crackhouse Comedy Club di tingkat atas bangunan telah diconteng menggunakan semburan cat.

Pada masa sama, sebahagian daripada cawangan Hong Leong Bank di tingkat bawah turut disimbah dengan cat berwarna hitam.

Sumber: The Vibes
Sumber: The Vibes

Sehingga kini, pihak polis masih menyiasat dalang di sebalik kejadian yang berlaku.

BACA JUGA: Video Hina Agama Islam: Merdekarya Bongkar Kisah ‘Pahit’ Dengan Pasangan Alex & Amy


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd