Now Reading
Johor Beri Bantuan Raja Sehari RM1,000 Kepada Pasangan Pengantin

Johor Beri Bantuan Raja Sehari RM1,000 Kepada Pasangan Pengantin

Bantuan Raja Sehari hanya diberikan kepada mereka yang merupakan anak kelahiran Johor atau telah bermastautin di negeri tersebut melebihi tiga tahun.

bantuan raja sehari johor 2022

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nak membina kehidupan baharu buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri pastinya bukan mudah. Pelbagai persiapan yang perlu dilakukan seperti tempat tinggal dan kewangan yang mencukupi bagi membeli barangan keperluan.

Dalam keadaan ekonomi di mana harga barang semakin meningkat, sesetengah pasangan yang baru sahaja berkahwin mungkin akan berasa agak terbeban dari segi perbelanjaan barangan dapur.

Kalau ada kawan-kawan yang nak sumbangkan barangan rumah seperti air fryer atau vakum tanpa wayar sebagai hadiah kahwin pun okey juga.

BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’


Bantuan Raja Sehari dari kerajaan Johor kepada pengantin bagi mengurangkan bebanan hidup

Sumber: Motherhood

Baru-baru ini, permohonan Bantuan Raja Sehari di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ) yang diperkenalkan oleh kerajaan Johor telah dibuka juga kepada individu bukan anak jati negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM10 juta dan setiap pasangan akan diberikan bantuan berjumlah RM1,000 dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Bukan sahaja anak jati Johor, malah pemohon luar tetapi yang sudah menetap di negeri ini melebihi tiga tahun juga boleh membuat permohonan. Kalau salah seorang antara pasangan berkenaan sudah menetap di Johor dalam tempoh berkenaan boleh memohon bantuan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid

Syarat permohonan

  • Berumur 40 tahun ke bawah.
  • Pertama kali berkahwin dan didaftarkan pada 14 April 2022 sehingga 31 Disember 2022.
  • Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000 ke bawah.
  • Bermastautin lebih tiga tahun di negeri Johor.

Dokumen yang diperlukan

  • Kad pengenalan suami dan isteri.
  • Slip pendapatan suami dan isteri. Jika tiada, dapatkan akuan pendapatan daripada Ketua Kampung atau Penghulu.
  • Akuan mastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu.
  • Surat Perakuan Nikah.
  • Salinan penyata bank terkini suami dan isteri.

Cara permohonan

  • Isi borang yang ditetapkan.
  • Lengkapkan dokumen.
  • Hantar borang dan dokumen ke kaunter Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan
  • Semakan permohonan dan kelayakan akan dibuat di kaunter.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak dan setiap pasangan hanya layak menerima sekali sahaja bantuan ini.


Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang bantuan ini, boleh layari laman Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau laman web https://jainj.johor.gov.my/.

Anda juga boleh menghubungi mereka di talian 07-2076330, 07-2076331 atau 07-2076332.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd