Now Reading
Petronas Jawab Dakwaan Rampasan Aset Oleh Kesultanan Sulu Sebagai Tidak Berasas

Petronas Jawab Dakwaan Rampasan Aset Oleh Kesultanan Sulu Sebagai Tidak Berasas

Petronas mengesahkan kedua-dua anak syarikatnya yang didakwa dirampas oleh Kesultanan Sulu telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada Isnin lalu (11 Julai).

Petronas Jawab Dakwaan Rampasan Aset Oleh Kesultanan Sulu Sebagai Tidak Berasas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Waris Kesultanan Sulu sebelum ini dikatakan melakukan tuntutan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada Malaysia namun terbatal selepas Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 tidak membenarkan pelantikan Penimbang Tara yang menguruskan tuntutan tersebut, lapor Astro Awani.

Berikutan itu, Kesultanan Sulu didakwa telah merampas dua aset anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang didaftarkan di Azerbaijan iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus menerusi peguam yang dilantik.

Menurut laporan Financial Times, nilai kedua-dua aset berkenaan mencecah lebih S$2 bilion (RM8.87 bilion).

Sumber: Negara Merdeka

Difahamkan tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh waris Kesultanan Sulu pada tahun 2017 bagi mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat British ketika tahun 1878.

Walau bagaimanapun, isu yang berlaku ini telah menimbulkan kekeliruan kepada kerajaan Malaysia kerana pada bulan Mac lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan Mahkamah Arbitrasi Paris membatalkan tuntutan bayaran pampasan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Kesultanan Sulu kerana tidak sah berlandaskan undang-undang.

BACA JUGA: PM: Malaysia Applies To Cancel RM62 Billion Award To Sulu Sultan Descendants

Petronas jawab isu aset dirampas oleh Kesultanan Sulu

Memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Petronas, syarikat petroleum menjelaskan bahawa dua aset yang didakwa dirampas oleh Kesultanan Sulu itu telah dilupuskan sebelum ini.

Sumber: MSN

Petronas turut mengesahkan kedua-dua anak syarikatnya menerima notis ‘Saisie-arret’ pada Isnin lalu (11 Julai) dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berasas.

Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan ini telah dipulangkan dengan sewajarnya.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dalam kenyataan yang sama, Petronas menegaskan bahawa mereka akan terus mempertahankan kedudukan syarikat dari segi undang-undang bagi menyelesaikan hal yang berlaku.

Ini bukan kali pertama Kesultanan Sulu yang pernah memerintah banyak pulau di Laut Sulu timur laut Sabah cuba untuk mengambil sesuatu dari Malaysia.

Peristiwa Lahad Datu telah meninggalkan sejarah hitam kepada Malaysia apabila ramai wira negara gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh pengganas Sulu pada tahun 2013.

BACA JUGA: Petronas’ Azerbaijan Subsidiaries Worth USD2 Billion Seized By Sulu Sultanate’s Heirs


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd