Now Reading
Maybank & 4 Lagi Bank Di Malaysia Naikkan Kadar Pinjaman Lepas OPR Meningkat

Maybank & 4 Lagi Bank Di Malaysia Naikkan Kadar Pinjaman Lepas OPR Meningkat

Pengumuman ini dibuat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.5% berbanding 2% pada Mei lalu.

Maybank & 4 Lagi Bank Di Malaysia Naikkan Kadar Pinjaman Lepas OPR Meningkat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (6 Julai), Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25% dengan kadar tertinggi dan terendah bagi koridor OPR masing-masing meningkat kepada 2.5% dan 2.0%.

Keputusan itu dibuat memandangkan Malaysia telah memasuki fasa endemik sejak 1 April lalu dengan OPR ditetapkan pada kadar rendah dalam sejarah ketika penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, OPR berada pada paras 1.75% sejak bulan Julai 2020 dan telah dinaikkan kepada 2% pada Mei lalu.

BACA JUGA: TLDR: Bank Negara Just Raised OPR, How Would This Affect Us Malaysians?

Beberapa bank utama umum kenaikan kadar pinjaman

Berikutan kenaikan kadar OPR, beberapa bank turut mengumumkan peningkatan kadar pinjaman mulai Julai ini. Antara bank yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Maybank

Sumber: The Fifth Person

Maybank dilaporkan akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa esok (8 Julai 2022).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Maybank akan menaikkan peratus BR daripada 2% setahun kepada 2.25% manakala kadar BLR pula dinaikkan daripada 5.65% kepada 5.9% dalam tempoh satu tahun.

Kadar Asas Islam turut meningkat sebanyak 25 mata asas daripada 2% setahun kepada 2.25% dan Kadar Pembiayaan Asas pula naik kepada 5.9% berbanding 5.65% setahun.

2. CIMB Bank

Sumber: Malay Mail

Kenyataan yang dikeluarkan di laman web memaklumkan bahawa CIMB Bank Berhad serta CIMB Islamic Bank akan meningkatkan Kadar Asas dan Kadar Deposit Tetap / Kadar Pendapatan Pulangan Tetap Account-i sebanyak 25 mata asas. Kenaikan ini akan berkuat kuasa pada Rabu (13 Julai 2022).

3. Public Bank

Sumber: The Edge Markets

Public Bank dijangka akan membuat pelarasan semula dengan menaikkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas atau 0.25% berkuat kuasa esok (8 Julai 2022).

BR bank ini akan dinaikkan daripada 2.52% kepada 2.77% manakala BLR/BFR pula melonjak kepada 5.97% berbanding 5.72%.

4. Affin Bank

Sumber: Money Compass

Menurut laporan Berita Harian, Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank bakal menyemak semula kadar rujukan pinjaman mereka sebanyak 25 mata asas atau 0.25% mulai esok (8 Julai 2022).

Selari dengan kenaikan OPR, Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka Affin Islamic juga akan dinaikkan.

5. RHB Bank

Sumber: Business Today

Pada masa yang sama, RHB Banking Group juga akan menyemak semula Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman / Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada Rabu (13 Julai 2022).

Menurut laporan Business Today, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd dijangka akan menaikkan BR daripada 2.75% kepada 3% setahun. BLR/BFR juga akan disemak semula daripada 5.7% kepada 5.95% dalam tempoh satu tahun.


Sebelum ini, kadar OPR telah dinaikkan dari 1.75% kepada 2% pada Mei lalu. Langkah yang diambil oleh BNM ini dilakukan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia menghadapi perubahan ini adalah seperti berikut:

  • Semak semula dengan pihak bank tentang bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar.
  • Rancang perbelanjaan dengan baik dan tidak boros.
  • Sentiasa bertukar maklumat dengan kenalan dan ahli keluarga tentang kewangan negara.

BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd