Yasin Sulaiman Bebas Dari Hukuman Gantung Sampai Mati
Mahkamah Majistret Petaling Jaya memutuskan untuk melepaskan Yasin Sulaiman dari hukuman gantung sampai mati tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terdahulu, penyanyi dan komposer nasyid iaitu Yasin Sulaiman telah didakwa mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952Â di Mahkamah Majistret serta Sesyen selepas disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Jika disabitkan kesalahan, Yasin bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati. Sekiranya tidak dihukum mati, penyanyi ini akan disebat maksimum 15 sebatan.
BACA JUGA: Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Kes Tanam Pokok Ganja & Miliki Dadah
Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati
Menurut laporan Sinar Harian, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memutuskan untuk melepaskan Yasin Sulaiman dari hukuman gantung sampai mati tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja seberat 214 gram.
Yasin turut meluahkan rasa syukur dan menarik nafas lega terhadap perkembangan positif melibatkan dirinya.
Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan amat bersyukur dengan keputusan yang dikeluarkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang banyak memberi sokongan. Mereka sumber kekuatan saya.
Yasin Sulaiman.
Walau bagaimanapun, Yasin kini berdepan tuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabitkan kesalahan, Yasin akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan minimum 10 sebatan.
BACA JUGA: [Watch] Yasin Sends His Regards To Syed Saddiq Before Getting Charged For Cultivating Ganja Plants
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.