Selangor Beri RM300 Sebulan Selama Setahun Kepada Keluarga Berpendapatan Bawah RM3,000
Setiap keluarga akan menerima RM3,600 setahun berbanding hanya RM2,400 sebelum ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak menerusi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
BINGKAS diumumkan dalam Bajet Selangor 2022 dengan peruntukan sebanyak RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal dalam menghadapi cabaran pasca pandemik.
Program itu adalah kesinambungan daripada Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) yang memberi wang tunai berjumlah RM200 sebulan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pembayaran menerusi program BINGKAS ini yang bermula pada Februari 2022 bertujuan untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan rumah dan membiayai pendidikan anak-anak mereka.
BACA JUGA: [Watch] If Eggs Are Expensive, Eat Fewer Eggs, KPDNHEP Gives Brilliant Solution
Program KISS ditambah baik kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan wang tunai ditambah dari RM200 sebulan kepada RM300 sebulan atau RM3,600 setahun. Jumlah penerima turut ditambah kepada 30 ribu keluarga yang layak.#KitaSelangor#HanyaDiSelangor pic.twitter.com/CWAPhaN4qX
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) June 30, 2022
Syarat kelayakan
- Ketua keluarga yang mempunyai anak atau tanggungan bawah 18 tahun.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000.
- Penduduk Selangor.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan.
- Bukti pendapatan (slip gaji atau surat pengesahan pendapatan sekiranya tidak bekerja atau bekerja sendiri).
- Salinan semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan).
- Salinan sijil kematian atau perceraian (jika berkenaaan).
Ciri-ciri BINGKAS
- Pembelian terhad kepada RM300.
- Baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
- Pembayaran akan diberikan secara automatik setiap bulan.
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan pendidikan seperti buku.
Pemegang kad KISS perlu mengemas kini maklumat dalam tempoh dua bulan bermula dari 1 Julai 2022 hingga 31 Ogos 2022 untuk meneruskan penerimaan bantuan ini.
Anda perlu memuat turun aplikasi Selangkah dan e-Wallet WavPay dalam telefon untuk memproses pembayaran bantuan.
1. Sukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Lembah Jaya yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah.
— Lembah Maju Jaya (@Lembahjayamaju) June 30, 2022
Cara permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Julai 2022 di laman web BINGKAS. Sebelum memohon, pastikan anda telah memuat turun dan mendaftar akaun di aplikasi Selangkah.
Ni info penting untuk orang Selangor yang dapat bantuan KISS sebelum ni. Please bagitahu ibu-ibu korang yang dapat bantuan KISS ni. Info dalam gambar. BINGKAS adalah penjenamaan semula kad KISS. Tiada kad fizikal untuk BINGKAS macam kad KISS dah, semua guna apps Selangkah. pic.twitter.com/lzL61wVSk5
— Snrbyzra (@snbyzr) July 3, 2022
Berikut adalah senarai talian untuk dihubungi sekiranya berlaku sebarang kesulitan berkaitan dengan program BINGKAS:
- Permohonan BINGKAS dan soalan am: 1-800-22-6600
- Langkah Permohonan: Inapps Helpdesk/Livechat
- Pengaktifan E-Wallet: 016-325 4199 (Whatsapp) atau bingkashelp@wavpay.net
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.