Now Reading
Banjir Disember 2021: Penduduk Taman Sri Muda Saman Pihak Berkuasa

Banjir Disember 2021: Penduduk Taman Sri Muda Saman Pihak Berkuasa

Antara pihak yang disaman oleh penduduk Taman Sri Muda adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

banjir taman sri muda (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bencana banjir boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun di beberapa buah negeri terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Namun, banjir yang berlaku di Selangor pada bulan Disember 2021 yang lalu telah mengejutkan ramai pihak kerana hujan secara berterusan selama tiga hari berturut-turut.

Banjir di Selangor juga menyebabkan ramai yang terkandas di rumah masing-masing sehingga terpaksa memanjat ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri.

Antara kawasan di Selangor yang terjejas teruk adalah di Taman Sri Muda, Shah Alam.

BACA JUGA: Beberapa Lokasi Di Shah Alam Dinaiki Air Semula Akibat Banjir Kilat

Penduduk Taman Sri Muda fail saman kepada pihak berkuasa

Sumber: MalaysiaKini

Baru-baru ini, seramai 50 orang penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam memfailkan saman kepada pihak berkuasa atas kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab ketika banjir pada Disember 2021.

Antara yang disaman oleh penduduk adalah seperti:

  • Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Menteri Alam Sekitar dan Air
  • Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Negeri Selangor
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai defendan

BACA JUGA: Angkatan Tentera Malaysia Bantu Tambah Baik Aspek Pengurusan Banjir

Menurut laporan, pihak plaintif menuntut ganti rugi am serta kos tanggungan mereka dari segi perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.

Sumber: MalaysiaPost

Beberapa penyataan tuntutan dibuat oleh pihak plaintif. Antaranya adalah seperti berikut:

  • NADMA tidak menyediakan pelan tindakan keselamatan yang berkesan selepas berlakunya banjir kerana sepatutnya pihak mereka yang mengetuai tindakan pasca bencana tersebut.
  • Jabatan Meteorologi gagal memberi amaran lebih awal tentang banjir yang bakal berlaku walaupun telah memberi peringatan kepada penduduk di negeri Pantai Timur.
  • Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal menguruskan sistem banjir Sungai Klang. Malah PBT juga dikatakan meluluskan terlalu banyak arahan di sekitar Taman Sri Muda.
  • Sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor Incorporated turut gagal mengutip sampan domestik dan pembersihan awam dengan baik.
  • Janakuasa sandaran di pintu air pasang surut Taman Sri muda tidak berfungsi dan menyebabkan ianya melimpah apabila janakuasa tersebut ditenggelami air.

Peguam V Vemal Arasan, Gurdial Singh Nijhar, M Kula Segaran dan James Joshua Paulraj telah dilantik untuk mewakili pihak plaintif dan pengurusan kes ini akan ditetapkan pada 25 Julai 2022.

Sebelum ini, ban berdekatan pintu kunci air di Taman Sri Muda dilaporkan pecah pada 2 Mac lalu selepas hujan lebat secara berterusan.

BACA JUGA: Ban Air Di Taman Sri Muda Pecah Akibat Hujan Berterusan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd