Now Reading
Setiap Pekerja Boleh Mula Mohon Aturan Kerja Fleksibel Bermula 1 September. Get Ready!

Setiap Pekerja Boleh Mula Mohon Aturan Kerja Fleksibel Bermula 1 September. Get Ready!

Jumlah keseluruhan pula menunjukkan pekerja di Asia Tenggara lebih mengutamakan fleksibiliti iaitu sebanyak 60% yang memilih untuk minggu bekerja lebih singkat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aturan kerja sewaktu pandemik telah membuktikan bahawa majoriti pekerja sebenarnya boleh bekerja dari rumah dan menyelesaikan segala urusan walaupun hanya berada di hadapan komputer.

Pendek kata, tak semestinya perlu masuk ofis.

Seterusnya, apabila PKP berakhir, segelintir syarikat telah meminta setiap pekerja untuk kembali bekerja di pejabat. Namun, ada juga yang masih bekerja secara ‘hybrid’ dan mengikut ‘rotation team A & B’.

BACA SINI: Malaysia Ranks 7th In Asia-Pacific For Travel And Remote Working

Tidak dinafikan, ada yang masih tidak biasa dengan aturan kerja di rumah kerana banyak ‘gangguan’. Malah, ada juga yang enggan kembali ke pejabat akibat masa yang terluang untuk ke pejabat terlalu lama.

Mana tidaknya, trafik sekarang ini tak boleh bawa bincang!


Pekerja Di Malaysia Boleh Mohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) Bermula 1 September.

Berita baik untuk kesemua pekerja di luar sana, bermula 1 September 2022 ini, anda akan dibenarkan untuk memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955.

Menurut laporan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, berkata pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja ataupun perubahan tempat kerja.

Sumber: Freepik

Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari. Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim menerusi Berita Harian.

Untuk pengetahuan anda, sejumlah 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia pada saat ini dilaporkan lebih menggemari fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.

Data tersebut dikeluarkan berdasarkan tinjauan oleh Qualtrics – syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan yang dilakukan secara dalam talian.

Malah, jumlah keseluruhan pula menunjukkan pekerja di Asia Tenggara lebih mengutamakan fleksibiliti iaitu sebanyak 60% yang memilih untuk minggu bekerja lebih singkat.

Mengulas lanjut, Awang menjelaskan bahawa keputusan kerajaan dalam AKF bagaimanapun tidak ‘mengikat’ majikan. Ia bergantung juga kepada kesesuaian agensi serta syarikat yang terlibat.

Pihaknya juga bersedia untuk membuat kajian tentang dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara maju di luar sana.

Kajian ini menurutnya adalah sangat penting oleh kerana terdapat majikan yang terkesan dengan faktor produktiviti rendah.

Jadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM,

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim menerusi Berita Harian.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd