Now Reading
5% Rakyat Malaysia Hutang Lebih RM1 Juta Sejak 5 Tahun Lepas – Jabatan Insolvensi

5% Rakyat Malaysia Hutang Lebih RM1 Juta Sejak 5 Tahun Lepas – Jabatan Insolvensi

Walaupun jumlah kebankrapan di negara ini telah menurun, tetapi jumlahnya masih membimbangkan.

CTOS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jabatan Insolvensi melaporkan seramai 274,628 rakyat Malaysia telah diisytihar muflis dengan 46,132 daripada kes itu direkodkan antara tahun 2018 dan Mei 2022.

Hampir 60% daripada mereka yang diisytihar muflis dalam tempoh lima tahun lepas adalah dalam lingkungan umur antara 25 hingga 44 tahun.

Menurut laporan, separuh daripada rakyat Malaysia yang telah diisytiharkan muflis disebabkan oleh pinjaman peribadi, pembelian kenderaan, pinjaman perniagaan dan pembayaran kad kredit tertunggak.

Jumlah petisyen oleh penghutang dan pemiutang yang difailkan setiap hari pada tahun 2022 adalah sebanyak 17 kes, manakala bilangan kes yang didaftarkan setiap hari pada tahun sama adalah sebanyak 18 kes.

Jumlah kebankrapan semakin menurun

Jabatan Insolvensi menyatakan bahawa jumlah kebankrapan di negara ini telah menurun daripada 16,000 kes pada 2018 berbanding 6,500 kes pada tahun lepas.

Penurunan ini berlaku berikutan pindaan Akta Insolvensi pada 20 September 2020 yang meningkatkan tahap kebankrapan daripada RM50,000 kepada RM100,000.

Lebih 58% daripada mereka yang diisytiharkan muflis dalam tempoh lima tahun yang lalu berhutang antara RM100,000 hingga RM499,999, manakala hampir 8% berada dalam lingkungan RM500,000 hingga RM999,999, dan kira-kira 5% mempunyai hutang sebanyak lebih RM 1 juta.

Sumber gambar: Kuration

Di sebalik penurunan jumlah kebankrapan ini, Pakar Kewangan Pengguna Prof Dr Mohamad Fazli Sabri meluangkan rasa bimbang apabila 18 orang diisytiharkan muflis setiap hari.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia itu turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan bantuan daripada golongan profesional sebelum membuat sebarang komitmen pinjaman baharu.

Boleh dikatakan ramai yang jatuh muflis disebabkan oleh pinjaman peribadi. Keadaan ini agak membimbangkan kerana kita tidak tahu tujuan mereka mengambil pinjaman berkenaan. Boleh jadi ianya digunakan untuk sesuatu yang bukan keperluan.

Pakar Kewangan Pengguna Prof Dr Mohamad Fazli Sabri.

Fazli juga tidak menafikan bahawa ada di antara mereka yang membuat pinjaman untuk membantu mereka melunaskan hutang.

Boleh jadi mereka ini membuat pinjam untuk membayar hutang. Mereka sepatutnya mendapatkan nasihat daripada pakar, contohnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Pakar Kewangan Pengguna Prof Dr Mohamad Fazli Sabri.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd