Now Reading
Operator Kilang Didenda RM900 Lepas Tikam Kening Remaja Perempuan Guna Kunci Kereta

Operator Kilang Didenda RM900 Lepas Tikam Kening Remaja Perempuan Guna Kunci Kereta

Suspek mengaku bersalah kerana menikam kening mangsa menggunakan kunci kereta dan didenda RM900 oleh Mahkamah Majistret.

wanita tikam kening guna kunci kereta didenda RM 900

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, suspek wanita berusia 23 tahun bekerja sebagai operator kilang telah ditahan oleh pihak polis selepas dia disyaki menikam kening remaja perempuan menggunakan kunci kereta sehingga menyebabkan kecederaan.

Wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Pergaduhan dikatakan berpunca kerana tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa tentang isu perniagaan pada Ahad (19 Jun) di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah.

BACA JUGA: Operator Kilang Tikam Kening Remaja Perempuan Direman Sehingga Esok, 22 Jun

Suspek didenda RM900 oleh Mahkamah Majistrest

Suspek yang dikenali sebagai Siti Zulaikha Zolkifli yang juga merupakan penjaja permainan telah dikenakan hukuman denda RM900 oleh Mahkamah Majistret selepas dihadapkan di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim.

Siti Zulaikha yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada Nurul Najihah Azizan pada 19 Jun lalu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga memerintahkan tertuduh untuk dipenjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan pesalah kepada hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd