Bangsa Melayu Dihimpit Kemiskinan, Malaysia Seolah Bukan Milik Bumiputera – Tun M
Beliau juga menzahirkan kebimbangan berhubung masa depan bangsa Melayu di Malaysia pada saat ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, ketika ini majoriti bangsa Melayu dihimpit oleh kemiskinan dan secara tidak langsung merugikan mereka. Mana tidaknya, sehinggakan perlu bergadai emas dan tanah milik mereka untuk meneruskan kehidupan dek kekangan kewangan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dianggap bukan lagi milik Bumiputera apabila bangsa Melayu masih lagi dibelenggu dengan isu kemiskinan.
Situasi berkenaan dapat dilihat apabila banyak tanah milik orang Melayu terpaksa dijual akibat isu kemiskinan.

“Orang melayu miskin kerana kita dapati walaupun kita mempunyai simpanan tanah Melayu namun kerap kali dijual dan sebenarnya dimiliki oleh orang lain.
“Seperti yang berlaku di Singapura yang sebahagian daripada Johor tetapi kita hilang Singapura sehingga menjadi negara lain dan dimiliki oleh orang lain.
“Orang Melayu di Singapura ketika itu tidak mampu nak kuasai kekayaan bahkan ingin memiliki tanah pun bukan dalam kalangan orang melayu,” ujarnya.
Kempen Halang Penjualan Tanah Perlu Diperluas

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu turut berpendapat bahawa kempen menghalang penjualan tanah perlu diperbanyakkan untuk menghalang aktiviti itu terus berlaku.
Orang miskin adalah orang yang lemah dan apabila lemah mereka akan lakukan sesuatu perkara yang merugikan mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir turut mencadangkan agar beberapa forum diwujudkan untuk dijadikan sebagai platform bagi membincangkan faktor kelemahan orang Melayu di negara ini selain mencari solusi berhubung masalah tersebut.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.