Keputusan SPM Akan Keluar Hari Ini, 16 Jun 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa kedua-dua calon SPM sekolah awam dan persendirian juga boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dikeluarkan hari ini 16 Jun 2022.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata pelajar boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian, slip keputusan mereka akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.
Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan bahawa kedua-dua calon SPM sekolah awam dan persendirian juga boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di myresultspm.moe.gov.my bermula dari 10 pagi hingga 6 petang pada 24 Jun.
Di samping itu, keputusan juga boleh diambil melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip nombor daftar pelajar nombor SPM<jarak>NO KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Sistem itu akan diaktifkan dari 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang pada 22 Jun nanti.
BACA JUGA: Nak Mohon Kerja Tapi Salinan PMR/SPM Hilang? Ini Cara Dapatkan Semula Sijil
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.

