Now Reading
Charterhouse UK Tiba Di Malaysia, Buka Kampus Antarabangsa Pertama

Charterhouse UK Tiba Di Malaysia, Buka Kampus Antarabangsa Pertama

Charterhouse Malaysia secara eksklusifnya menyampaikan program A-Level yang diiktiraf di peringkat global, yang merupakan salah satu laluan utama ke universiti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 10 Jun lalu, Charterhouse UK telah melancarkan ‘Charterhouse International Secondary School Kuala Lumpur‘ di kampus khas mereka yang terletak di tengah-tengah Sri Hartamas.

Sekolah yang direka khusus buat pelajar menengah atas itu menggunakan medium Bahasa Inggeris dan menawarkan pendekatan moden bagi pembangunan pendidikan dan juga pedagogi pengajaran.

Majlis perasmian ini telah disertai oleh para pelajar, ibu bapa dan tetamu jemputan, termasuklah Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.

Ucapan daripada YM Dato’ Syed Haizam (Pengerusi, Lembaga Pengelola) akan menerangkan lebih lanjut mengenai hubungan istimewa ini, dan kepentingan sekolah berkenaan kepada mereka.

Turut berucap pada majlis berkenaan ialah Presiden Charterhouse Forum, Aisyah Sophea, Andrew Turner (Timbalan Ketua Kanan, Charterhouse UK), dan Richard Davidson (Guru Besar Pengasas Charterhouse International Secondary School, Charterhouse Malaysia).


Kampus Pertama Di Asia

Sebagai kampus pertama di Asia bagi salah satu sekolah awam paling berprestij di Britain, Charterhouse Malaysia menawarkan gabungan terbaik dari dua dunia melalui sejarah warisan mereka dan berada dalam kedudukan baik bagi memanfaatkan potensi masa depan rantau ini.

Charterhouse telah terus berkembang selama lebih daripada 400 tahun. Walaupun perkongsian akar-umbinya dengan Charterhouse UK bermakna nilai dan tradisi sekolah induk dicerminkan dalam budaya sekolah tempatan, kampus Malaysia mereka merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan inovasi dan perjalanan pembelajaran bagi pelajar menengah atas.

Charterhouse Malaysia secara eksklusifnya menyampaikan program A-Level yang diiktiraf di peringkat global, yang merupakan salah satu laluan utama ke universiti.


Reka Bentuk Kurikulum Moden

Charterhouse menerapkan pendekatan yang moden.

Daripada reka bentuk kurikulum mereka sehinggalah susun atur ruang pembelajaran, para pelajar digalakkan untuk berfikir dan belajar secara berdikari dengan melibatkan diri dalam projek masyarakat setempat dan merangka penyelesaian inovatif kepada isu sosial.

Pendekatan ini bukan sahaja membina keyakinan dan kemahiran kepimpinan mereka, tetapi ia juga memupuk rasa tanggungjawab sosial yang lebih mendalam.

Charterhouse membina persekitaran yang menggalakkan pelajar berdikari dan bertanggungjawab supaya apabila pengajian mereka tamat, mereka bersedia untuk kehidupan di universiti.

Kami bangga dengan asal-usul British kami, menerima identiti Asia kami dan komited untuk berkhidmat bagi masyarakat antarabangsa. Visi kami adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan semangat untuk memberi impak positif bukan sahaja kepada masyarakat Malaysia, tetapi juga untuk seluruh dunia.

Richard Davidson (Guru Besar Pengasas Charterhouse International Secondary School, Charterhouse Malaysia).

Davidson turut menambah, “Walaupun kami tidak boleh meramal masa depan, kami boleh membayangkan ciri-ciri yang akan dimiliki oleh mereka yang menunjukkan kebolehan dalam masa perubahan di Charterhouse Malaysia.

“Kami akan memupuk sifat-sifat ini dalam pelajar kami, supaya apabila mereka tamat pengajian, mereka akan bersedia untuk masa depan.”


Fleksibiliti & Diinspirasi Daripada Seorang Futuris Terkemuka

Pembelajaran pada hari ini tidak lagi terikat kepada bilik darjah. Zaman di mana pelajar hanya duduk di hadapan papan hitam sudah lama ditinggalkan.

Kampus Charterhouse Malaysia direka untuk fleksibiliti dan kepelbagaian aliran bagi menggalakkan perjalanan pembelajaran yang menarik. Ia juga bagi memenuhi keperluan pelajar serta memperluaskan keupayaan mereka, sekaligus memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka akan maju di alam universiti.

Kampus ini mengambil inspirasi dari kerja salah seorang futuris terkemuka dalam teknologi pendidikan, David Thornburg – yang telah mengenal pasti empat arketaip ruang pembelajaran iaitu:

  • campfire (unggun api)
  • cave (gua)
  • watering hole (lubang perairan)
  • mountaintop (puncak gunung)

Ruang ini berfungsi bersama untuk meningkatkan hasil pembelajaran.

Tambahan pula, sebarang perbincangan boleh dilakukan di luar bilik darjah. Pelajar boleh berkumpul dalam kumpulan kecil untuk bekerjasama dan berkongsi idea.

Ini memberikan mereka peluang untuk memahami idea yang kompleks sambil belajar untuk bekerjasama dan membina hubungan antara mereka.


Cipta Ruang ‘Sunyi’ & Kendiri

Charterhouse menyediakan ruang sunyi untuk berfikir dan pembelajaran kendiri di seluruh kampus.

Ini supaya apabila kelas berkumpul semula, pelajar mempunyai peluang untuk melihat kembali bahan pembelajaran mereka dan mendapatkan pandangan yang lebih mendalam.

Pendekatan ini membantu menyediakan pelajar bukan sahaja untuk kehidupan universiti, tetapi untuk dunia sebenar dan seterusnya.

Antara elemen unik pengalaman Charterhouse untuk pembangunan pelajar termasuklah pendekatan berasaskan kecerdasan Spectra Smarts untuk pembangunan peribadi, penyepaduan pemikiran reka bentuk ke dalam kurikulum, dan pemerkasaan suara pelajar melalui Forum Charterhouse.

Kami faham bahawa kecerdasan manusia merupakan sesuatu yang luas; ia tidak terhad kepada kecerdasan akademik, tetapi juga merangkumi kecerdasan sosial dan emosi, serta keupayaan untuk berfikir secara mendalam dan menilai pemikiran itu, memahami situasi baharu dengan cepat, dan yang paling penting, menilai kebolehan peribadi. Di Charterhouse, kami percaya bahawa anak remaja perlu dilayan sama seperti dewasa.

Richard Davidson (Guru Besar Pengasas Charterhouse International Secondary School, Charterhouse Malaysia).

Mengulas lanjut, Davidson turut berkata, “Peraturan ketat akan mewujudkan persekitaran yang tegang yang menyebabkan remaja lebih cenderung untuk memberontak.

“Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk memupuk rasa hormat dan tanggungjawab tanpa memerlukan garis panduan yang berlebihan dan remeh yang menyekat pergerakan mereka.”


Charterhouse Malaysia terletak di tengah-tengah Sri Hartamas, dikelilingi kawasan kediaman premium Mont Kiara, Solaris dan Publika, berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Kampus bandar Charterhouse International Secondary School merupakan gabungan aspek tradisional dan kontemporari – di mana sejarah silam bertemu masa kini, untuk kejayaan pada masa hadapan.

Ia memupuk persekitaran di mana perpaduan dan daya kembara diutamakan. Permohonan kemasukan kini dibuka untuk pelajar A Level dan IGCSE.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman web Charterhouse.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd